INI RESPON SITI SARAH MENGENAI ADEGAN SUAMI DENGAN ZARINA ANJOULIE


INI RESPON SITI SARAH MENGENAI ADEGAN SHUIB DENGAN ZARINA ANJOULIE

KUALA LUMPUR, 12 SEPT 2014: Penyanyi, Siti Sarah Raisuddin akui tidak terkejut selepas menonton sendiri babak suaminya, Shuib bersama pelakon Zarina Anjoulie dalam ketika tayangan perdana Amir & Loqman Pergi Ke Laut (ALPKL).


Siti Sarah berkata kepada Astro Gempak dia memahami babak itu dilakukan atas tuntutan filem dan mereka lakukan atas rasa professional.

“Semasa penggambaran dijalankan, Sarah dalam pantang anak pertama kami, Uwais Al-Qarni…Shuib telefon dan mengadu dia tertekan di set sebab ada babak susah yang dia nak lakonkan.

“Dia ada bagitahu ada babak dengan Zarina tetapi tidak memberitahu secara terperinci mengenai adegan dia dan Zarina. Saya setuju selepas itu.

“Semasa proses dubbing Sarah sedang mengandungkan anak kedua kami, Dzahira Talita Zahra, Sarah ikut Shuib dan menonton previu filem itu dan agak terperanjat.

“Masa tu memang memang saya membebel jugalah dan saya cakap kepada Shuib saya kata ‘amboi, patutlah seronok pergi lokas’. Tapi, Shuib buat ‘cool’ sahaja. Dia tak marah Sarah pun.

“Lama-kelamaan, Sarah sejuk dan faham sendiri yang dia profesional bekerja. Jadi hari ini Sarah tak terkejut menonton adegan tersebut,” cerita Sarah panjang lebar.

Menurut Sarah lagi, dia juga tidak ada rasa cemburu dengan babak itu, lebih-lebih lagi Zarina sendiri telah beberapa kali memohon maaf kepadanya.

“Berkali-kali Zarina Mohon maaf kepada saya ketika babak di antara dia dan Shuib dimainkan sebentar tadi.

“Jujur saya katakan, saya tidak merasa cemburu atau marah selepas menontonnya tadi. Zarina juga seorang gadis yang baik…Saya tak sangka dia bersungguh minta maaf,” jelasnya lagi.

Amir & Lokman Pergi Ke Laut akan menjengah pawagam seluruh negara bermula 25 September ini. -Murai


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.