Sejak penikahan rahsia dua pelakon dibawah naugan MIG Production iaitu Aeril Zafrel dan Wawa Zainal terbongkar, nampaknya hubungan dua artis ini masih belum pulih dengan Major David Teo. Bahkan, Wawa bertindak meninggalkan MIG biarpun masih lagi dalam kontrak.
Sebelum ini Aeril dan Wawa pernah menwar-warkan tentang kereta Suzuki Swiftnya yang hilang kononnya diambil oleh sesorang dan bukannya dicuri. Namun, mereka berdua tidak pula mendedahkan siapakah individu yang dimaksudkan tersebut.
Namun, baru-baru ini nampak Aeril begitu terbuka mengeluarkan kenyataan menerusi laman sosial Instagram miliknya yang ditujukan kepada David Teo dan MIG berkenaan isu kereta itu. Melihat kepada bait-baik perkataan yang ditulis Aeril, jelas sekali individu yang bertanggungjawab kononnya telah mengambil kereta Switf itu adalah David Teo.
Ditanya Major David Teo tentang isu ini, beliau berkata dia berasa sedih kepada pasangan itu tidak habis-habis mengaitkan namanya dengan pelbagai isu.
Namun, baru-baru ini nampak Aeril begitu terbuka mengeluarkan kenyataan menerusi laman sosial Instagram miliknya yang ditujukan kepada David Teo dan MIG berkenaan isu kereta itu. Melihat kepada bait-baik perkataan yang ditulis Aeril, jelas sekali individu yang bertanggungjawab kononnya telah mengambil kereta Switf itu adalah David Teo.
Ditanya Major David Teo tentang isu ini, beliau berkata dia berasa sedih kepada pasangan itu tidak habis-habis mengaitkan namanya dengan pelbagai isu.
“Saya rasa hairan dan sedih kenapa saya sering menjadi mangsa keadaan apabila timbul isu-isu seperti ini. Bermula dengan isu menyembunyikan hal perkahwinan dan nikah dua kali yang menurut mereka disebabkan takut kepada saya, sedangkan itu tak sepatutnya berlaku kerana mereka patut takut kepada Tuhan, bukan saya.Dalam pada itu, David sempat menitipkan kata-kata buat Aeril dan juga Wawa yang pernah bernanung di bawah pengurusan MIG.
“Malah, saya bersama beberapa staf MIG pernah bertanya kepada Wawa sendiri beberapa kali mengenai hubungannya bersama Aeril kerana ianya tidak perlu disembunyikan, supaya pihak syarikat boleh mengatur perjalanan kerjaya Wawa mengikut kesesuaian namun segala hubungan dengan Aeril dinafikan sendiri oleh Wawa di hadapan kami.
“Pihak syarikat sendiri pernah menghantar surat rasmi pada 12 Februari lalu menjemput Wawa datang ke pejabat untuk menyelesaikan urusan kerja, projek terbaru dan kereta tersebut sekiranya Wawa benar ingin membeli kereta tersebut dari pihak syarikat, namun surat tersebut telahpun dibalas oleh Wawa pada 18 Februari 2014. Dalam surat itu, Wawa mendakwa dia kini keluar dari pengurusan MIG untuk bergerak sendiri dan Wawa tiada kena mengena, tidak perlu dicari dan dihubungi lagi oleh pihak pengurusan walaupun Wawa masih ada kontrak dengan MIG sehingga 2015.
“Pelbagai dakwaan dan tuduhan yang dilemparkan kepada pihak syarikat oleh pihak Aeril, namun sebagai bapa angkat yang pernah memimpin, membimbing dan membantu pasangan tersebut, saya masih bertolak ansur walaupun pihak syarikat boleh mengambil tindakan undang-undang kepada mereka berdua atas fitnah dan dakwaan yang dilemparkan kepada pihak syarikat dan saya sendiri melalui media sosial seperti Instagram. Kesabaran setiap individu ada hadnya, jadi saya ingin menasihatkan terutamanya kepada Aeril supaya menghentikan segala fitnah dan dakwaan tak berasas kepada pihak syarikat dan saya sendiri,” kata David lagi.
“Sekiranya mereka menghadapi masalah, kesempitan hidup, saya sedia membantu mereka apa yang termampu. Datang saja ke pejabat, kita berbincang secara jujur, ikhlas dan betul, tidak perlu mengeruhkan lagi keadaan sedangkan saya sentiasa menganggap mereka tak ubah seperti anak saya sendiri. Saya mendoakan mereka berdua berjaya dan bahagia hingga ke syurga,” ujar David.