Bapa Gagal Pinjam RM200 Anak Jadi Mangsa Gigitan Pipi


Bapa Gagal Pinjam RM200 Anak Jadi Mangsa Gigitan Pipi

Subang Jaya: Seorang lelaki bertengkar dengan isteirnya yang berusia awal 20-an hanya kerana wanita itu enggan memberinya RM200 dipercayai untuk membayar hutang.

Keengganan wanita itu menyebabkan suaminya mengancam akan menggigit anak mereka seperti biawak yang menyerang kanak-kanak perempuan di Pulau Tioman minggu lalu. Namun ugutan itu tidak diendahkan isterinya kerana menyangka lelaki itu hanya ingin menggertaknya. 

Lelaki berkenaan terus mendesak isterinya sehingga menyebabkan pertengkaran selama lebih 30 minit. 

Hilang sabar dengan tindakan isterinya, lelaki itu menggigit pipi anak lelakinya hingga cedera parah. 

Perbuatan kejam lelaki itu menyebabkan anak lelaki berusia setahun 3 bulan itu menerima empat jahitan di bahagian pipi.

Polis kini sedang memburu lelaki berkenaan yang berusia lewat 20-an.

Diolah semula untuk siaran di My Media Hub

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.