Penyanyi kelahiran Singapura Aliff Aziz berdepan hukuman penjara 20 hari sekiranya gagal melunaskan denda berjumlah $2,000 berikutan kesalahan mencuri dua buah telefon bimbit.
Kesalahan itu dilakukan pada Mei lalu apabila dia mencuri telefon berjenama HTC One dan Samsung Note 1 milik dua individu berbeza.Akhbar terbitan Singapura itu turut melaporkan Aliff telah didakwa pada 16 ogos lalu atas kesalahan yang dilakukan.