RAMLI serik menggunakan bebola besi ditanam dalam kema-luannya. |
“Hampir enam bulan saya mengalami lemah tenaga batin, malah kerap gagal ‘beraksi’.
Selepas mendapatkan nasihat doktor pakar, saya setuju melakukan pembedahan mengeluarkan 10 bebola besi ditanam di dalam kema-luan dan cukup terkejut apabila mendapati semuanya berkarat,” kata Ramli, 44.
Sebelum itu, pada awal 2004, Ramli membeli 10 bebola besi daripada penjual replika sek-s di sekitar ibu kota pada harga RM50.
Kerana tertarik dengan kisah kehebatan rakannya beraksi di ran-jang selepas memakai bebola besi itu, Ramli nekad menoreh sendiri kulit permukaan kema-luan dengan pisau sebelum memasukkan bebola besi terbabit di bawah kulit berkenaan.
“Rakan mengatakan dia melakukan sendiri pembedahan terbabit dan walaupun sakit, saya nekad melakukannya sendirian di rumah di Sentul.
“Tiga hari kema-luan membengkak, namun saya tidak bertemu doktor sebaliknya hanya menahan kesakitan,” katanya.
Menurut Ramli, dia menanam bebola besi itu di sekeliling pangkal kema-luan dan apabila pulih daripada bengkak, dia mula mencari teman wanita atau mana-mana wanita yang sudi melakukan hubungan sek-s dengannya.
Ramli bangga kerana dapat memuaskan naf-su ramai wanita, namun mula berdepan masalah kesihatan lapan bulan kemudian.