Lelaki Bunuh Diri selepas tahu Kekasih Tidak Cantik


Bunuh Diri, Kekasih Tidak Cantik

Seorang lelaki di Filipina bertindak membunuh diri dengan terjun dari tingkat empat sebuah pusat beli belah.

Mark Anthony Perez dipercayai berasas terlalu kecewa selepas wajah kekasihnya tidak secantik seperti gambar yang dimuat naik di internet.

Dia dan wanita tersebut bercinta empat bulan lalu selepas berkenalan menerusi laman sosial, tetapi tidak pernah bertemu lantaran jarak tempat yang jauh antara satu sama lain.

Menurut sumber, kekasihnya itu dikatakan kerap menggubah wajahnya menggunakan aplikasi khas untuk kelihatan lebih cantik dan menarik.

Walaupun kekasihnya sudah mengenakan solekan tebal, lelaki itu masih melihatnya sebagai tidak cantik dan merasa tertipu. Mark menangis selepas mereka bertemu dan tidak mampu mengawal diri sebelum bertindak membunuh diri.



Kesan dari kecederaan paru-paru dan otaknya, Mark disahkan mati serta-merta di tempat kejadian.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.