Di zaman serba moden ini, ramai petani yang menggunakan racun serangga bagi menghalang serangga dari merosakkan tanaman mereka.
Cara ini juga berkesan untuk meningkatkan kuantiti pengeluaran dari hasil ladang kerana berkurangnya kuantiti buah dan sayur yang dirosakkan oleh serangga.
Tapi kesannya adalah kepada pengguna seperti kita kerana buah dan sayuran tersebut perlu dibasuh sehingga bersih.
Namun, jangan bimbang! Kini, ada cara mudah untuk bersihkan buah dan sayur agar selamat dimakan.
Caranya, campurkan secawan cuka dengan semangkuk besar air
Kemudian, rendam buah dan sayur anda selama 15 minit. Lepas dah rendam, cuci dengan cara lalukan pada air paip.
Cara ini membantu bersihkan buah dan sayur anda. Selain itu, cara ini juga membantu untuk membuang telur-telur cacing yang tersembunyi dicelah-celah daun dan batang sayur.
Senang kan?
Selamat mencuba. Kongsikan dengan rakan anda. - thevocket.com