2 Gambar: Warga Pakistan Sanggup Bunuh Suami Untuk Kahwin Lagi

Pihak Polis Pakistan telah menahan seorang wanita yang membunuh suaminya sendiri. Wanita tersebut turut merancang untuk memasak potongan tubuh dari suaminya itu. 



Zainab Bibi telah ditahan di Shah Faisal, wilayah yang terletak di salah satu kota besar di Pakistan, Karachi, kerana ingin memasak daging suaminya sendiri. Pihak Polis juga menemukan potongan bahagian tubuh suami Zainab yang ditempatkan di dalam periuk.


“Zainab dan sepupu lelakinya telah membunuh Ahmed Abbas (suami Zainab), dan mencincang anggota tubuhnya. Setelah itu, mereka akan memasak daging suaminya,” menurut Ketua Polis Shah Faisal, Nadeem Baig, seperti dilaporkan AFP.


Gambar-gambar dari stesen TV tempatan menunjukkan periuk-periuk yang sudah siap berisi daging dari tubuh suaminya sedia untuk dimasak. Dan kanan sekali adalah gambar pakaian suaminya yang berlumuran darah ditemui dalam sebuah bekas baju. Gambar menunjukkan bekas baju dan periuk yang berisi daging suaminya di dalam sebuah ambulan sedia untuk disiasat.

Zainab ditangkap setelah jirannya melaporkan perbuatannya kepada pihak polis. Stesen televisyen tempatan juga menunjukkan potongan tubuh Ahmed yang ditempatkan di dalam periuk.

“Ada dua faktor yang menyebabkan Zainab merancang untuk memasak daging suaminya sendiri. Pertama kerana Zainab ingin menghapuskankan barang bukti, dan yang kedua adalah kerana emosi Zainab yang meledak-ledak. Zainab tentu tersinggung dan amat marah ketika Ahmed menyatakan niat untuk berkahwin lagi dengan wanita lain,” tambahnya.

Perundangan di Pakistan membenarkan setiap suami untuk berpoligami, namun untuk berpoligami, lelaki perlu meminta izin daripada isterinya terlebih dahulu.
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.