Kini kita juga ada Raja Kerajaan Empayar Langkasuka Nusantara. Lebih hebat kerana Raja Kerajaan Empayar Langkasuka Nusantara, Y.M. HasbulJalil Bin Hassan akan membuat pemansuhan PTPTN dan peminjam tak perlu membayar semula pinjaman tersebut.
Surat yang diterbitkan pada 6 Jan 2014 itu menyatakan titah Raja Nusantara yang ingin turut serta meringankan beban perbelanjaan kehidupan umat (rakyat Malaysia) dengan memansuhkan PTPTN berkuatkuasa pada 1 Februari 2014.
Walaupun tidak benar, surat ini pasti memberikan rasa "suspen" kepada para peminjam PTPTN dan berdoa ianya menjadi kenyataan!
Sekurang-kurangnya dalam keadaan kos sara hidup yang meningkat ini, dapat memberikan rasa humor kepada semua dengan adanya raja mentel ini!! Download Tongku! Anpomm!!