Mangsa Bunuh Diri Beri NOTA TERAKHIR Yang Amat Menyentuh Jiwa kepada KELUARGA

‘Cari saya bawah pokok’ Gantung diri dalam belukar

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)

SAYU, NOTA TERAKHIR BUNUH DIRI, "CARI MAYAT SAYA DI JALAN SULAMAN DEKAT KEDAI MAKANAN SEGERA"

Misteri kehilangan seorang lelaki yang mempunyai masalah keluarga berakhir tragedi selepas mayat mangsa ditemui tergantung di bawah sebatang pokok, dipercayai membunuh diri di sebuah hutan belukar, kira-kira 100 meter dari premis francais makanan segera di Jalan Sulaman, di sini, malam kelmarin.

“Kalau anak dan ahli keluarga mahu menemui saya…cari saya di bawah pokok di atas bukit kecil di tepi Jalan Sulaman berhampiran restoran makanan segera.”

Itulah nota pesanan dihantar seorang lelaki melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada anak dan adik beradiknya sebelum membunuh diri, malam kelmarin.

Mayat mangsa Zulkifli Tinggal, 44, dari Kampung Contoh Suang Parai Menggatal, dekat sini, ditemui mati tergantung di sebatang pokok oleh seorang saudaranya Reedy Ruzel, 23, jam 9 malam, sebelum menghubungi polis.

Difahamkan, tangan kiri mangsa turut ada kesan kelar dipercayai sebelum membunuh diri Zulkifli terlebih dulu mengelar tangannya menggunakan benda tajam sebelum menggantungkan diri.

Menurut Reedy, sebelum kejadian, mangsa (Zulkifli) ada menemuinya dan memaklumkan hendak keluar jam 6 petang.

“Ketika hendak keluar, Zulkifli meminta maaf jika ada melakukan kesalahan dan jika hendak menemuinya…Zulkifli memberitahu supaya mencarinya di atas bukit kecil di tepi Jalan Sulaman berhampiran restoran makanan segera.

“Pada jam 7.30 malam, Zulkifli menghantar SMS kepada saya dan ahli keluarga lain mengatakan “Kalau anak dan ahli keluarga mahu menemui saya…cari saya di bawah pokok di atas bukit kecil di tepi Jalan Sulaman berhampiran restoran makanan segera.

“Kami ingatkan Zulkifli bergurau dan tidak mengambil berat dengan SMS dihantarnya,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, malam kelmarin. -hmetro

Mangsa yang dikenali sebagai Zulkifli Tinggal, 44, berasal dari Kampung Contoh Suang Parai, Inanam itu dipercayai ditemui beberapa ahli keluarganya di tempat kejadian kira-kira jam 10.55 malam.

Sebelum insiden berkenaan, mangsa dikatakan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada anak-anaknya supaya datang ke lokasi itu untuk menemuinya.

Pada mulanya, anak mangsa menyangkakan kiriman SMS terbabit hanya sebagai gurauan namun bimbang perkara buruk berlaku, ahli keluarganya kemudiannya bertindak ke lokasi terbabit untuk mencari mangsa.

Bagaimanapun setibanya di tempat kejadian, mangsa ditemui dengan kesan leher tergantung menggunakan seutas tali nylon berwarna hijau sebelum ahli keluarganya bergegas memaklumkan perkara itu kepada pihak polis.

Ketua Polis Kota Kinabalu Asisten Komisioner Jauteh Dikun ketika ditemui mengesahkan kejadian itu dan berkata siasatan lanjut sedang dilakukan.

Menurut beliau, siasatan awal kes berkenaan mendapati tiada sebarang unsur jenayah berlaku dalam kejadian itu.

“Berdasarkan maklumat awal, mangsa dikatakan mempunyai masalah keluarga. Pihak pasukan perubatan mengesahkan punca kematian mangsa adalah disebabkan terjerut tali dan mayatnya dihantar bagi proses bedah siasat,” katanya.

Utusan Borneo 7 Mac 2014

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date


Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.