Seorang ibu dikecam oleh orang ramai kerana tindakannya membawa anak yang berusia sembilan bulan didalam beg tangan ketika keluar bertemu rakan-rakannya.
Xue Hsueh, 26, telah menerima kecaman hebat apabila salah seorang daripada rakannya memuatnaik gambar Hsueh sedang mengendong bayinya didalam beg ke dalam laman sosial.Ramai yang menganggap tindakan Xue adalah tidak wajar kerana ia mungkin akan mencederakan bayi yang masih kecil itu. Malah pelbagai kemungkinan boleh berlaku terutamanya sekiranya tali begnya itu putus.
Walaubagaimanapun, Xue tetap mempertahankan tindakannya dengan berkata bayinya itu hanya berada didalam beg tangan ketika berbual dengan rakan-rakannya sahaja. Malah Xue juga berkata, bayi kecil itu sebenarnya terhibur dengan tindakannya.
Sumber : mirror.co.uk