Kalender Cuti Umum 2015 Dan Takwim Sekolah Malaysia
Cuti memang seronok inilah saat dinanti untuk meluangkan masa bersama yang tersayang malah dapat melepaskan tekanan yang dihadapi di tempat kerja mahupun di sekolah bagi pelajar khususnya.
Bagi sesetengah orang, pelbagai rancangan diatur dalam minda mereka terutamanya pasangan yang mahu mengadakan majlis pertunangan ataupun perkahwinan.Belum pun masuk tahun baharu pelbagai aktiviti yang dirasakan boleh dilakukan dengan keluarga ataupun rakan sepanjang cuti yang menjadi pilihan itu akan dirancang dengan teliti
LAMPIRAN KALENDAR CUTI UMUM DAN SEKOLAH 2015
Untuk merancang percutian mahupun aktiviti lain perkara utama yang diperlukan adalah kalendar tahunan bagi mengetahui senarai cuti umum di MalaysiaManakala untuk cuti persekolahan atau cuti semester perlu merujuk kepada takwim atau perincian persekolahan tahun 2015 mengikut penggal yang akan dikeluarkan pihak bahagian pengurusan sekolah harian Kementerian Pendidikan Malaysia.
KALENDER TAKWIM TARIKH CUTI SEKOLAH 2015 DAN JADUAL PENGGAL PERSEKOLAHAN SELURUH NEGERI
Bahagian pengurusan sekolah harian dan maklumat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menerbitkan perincian takwim persekolahan bagi sesi tahun 2015 dan kebiasaannya akan dipaparkan di laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia http://www.moe.gov.my pada bulan oktober 2014Takwim tersebut akan dibahagikan kepada dua kumpulan A dan B mengikut sekolah-sekolah di seluruh negeri di Malaysia
Nota Penulis : 14 Oktober 2014 | |
Perkara | Tarikh cuti masih tertakluk kepada pindaan semasa |
Jika terdapat perubahan akan dikemaskini dengan kadar segera | |
KPM telah mengeluarkan perincian takwim persekolahan sesi 2015 pada 14.10.2014, Selasa | |
Cuti Sekolah 2015 | Lampiran boleh dimuat turun menerusi judul pautan diatas |
Info Selingan : Tahukah Anda
Hari Keputeraan Sultan Kedah (Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong) iaitu Tuanku Abdul Halim Mu`adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah adalah pada 28 November 1927
Bagaimanapun, Hari keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong secara rasminya di sambut sebagai cuti umum seluruh negara adalah setiap hari Sabtu pertama pada bulan Jun, ia tidak mengambil kira tarikh hari keputeraan sebenar mana-mana Sultan, Raja, Yang di-Pertuan Besar atau Yang Dipertua Negeri yang sedang memegang jawatan Yang Di Pertuan Agong.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.