Kejutan awal pagi buat pengantin baru

Gambar hiasan
Kejutan awal pagi pengantin baru

Alor Gajah: Sepasang pengantin baru berdepan detik cemas selepas rumah sewa mereka terbakar dalam kejadian di Taman Kelemak Jaya, Paya Datuk, di sini, pagi semalam.

Kejadian jam 2.15 pagi itu disedari Siti Khadijah Othman, 22, apabila terhidu bau hangit selepas asap tebal meresap ke bilik tidur sebelum mengejutkan suaminya, Mohd Izhan Hafizi Johan, 22.

Mohd Izhan Hafizi berkata, dia ada terhidu bau hangit di dapur malam kelmarin namun bau itu hilang tidak lama kemudian.

“Kira-kira jam 7.30 malam selepas pulang dari tempat kerja di sebuah kilang automotif di Simpang Ampat, saya terhidu bau hangit dari arah dapur dan membuat pemeriksaan namun tidak menemui perkara pelik. Bau itu pun hilang tidak lama kemudian.

“Bau itu muncul semula ketika isteri sedang memasak dan hilang tidak lama kemudian,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, dia yang keletihan terlelap kira-kira jam 11 malam, namun dikejutkan isterinya selepas mendapati asap memenuhi bilik tidur menyebabkan mereka keluar menyelamatkan diri.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.