Ketahui 5 pemimpin dunia paling boros menurut media Indonesia


5 pemimpin dunia paling boros menurut media Indonesia

Setiap pemimpin negara pasti mendapat kemudahan serba mewah.Bahkan mereka mendapat layanan terbaik tak kira masa dan dimana mereka berada.

Namun tidak semua pemimpin negara bijak membelanjakan wang negara untuk keperluan mereka.Mereka seringkali terjebak dengan kehidupan penuh dengan kebendaan dan membelanjakan uang negara membeli barang mewah sedangkan rakyatnya masih kelaparan.

Bukan itu sahaja,ada diantara mereka yang merayakan ulang tahun dengan berfoya-foya hingga menghabiskan wang jutaan ringgit.

Siapakah pemimpin negara yang boros tersebut,ikuti ulasannya oleh portal Merdeka.com.

1. Robert Mugabe (Presiden Zimbabwe)


Presiden Zimbabwe,Robert Mugabe dijangka bakal merayakan ulang tahunnya ke-90 tahun ini dengan membelanjakan sekitar 11.8 Milyar Rupiah(RM 3.13Juta).

Rancangan itu dikecam kerana keadaan negara yang sedang mengalami krisis kewangan, banyak pengangguran dan pertumbuhan ekonomi yang lambat, seperti diulas akhbar the Guardian, Rabu (19/2).

Mugabe disenaraikan sebagai pemimpin negara tertua di Afrika dan kedua di dunia setelah Presiden Israel Shimon Peres. Pada perayaan ulang tahunnya tahun lalu Mugabe membahagikan syiling emas dan dia menerima hadiah kek hari jadi seberat 89 kilogram.


"Sangat tidak pantas merayakan ulang tahun pemimpin negara dengan kemewahan berlebihan ketika rakyat sedang mengalami banjir dan ekonomi memburuk," bidas Dewa Mavhinga, pemerhati di lembaga pembela hak asasi (Human Right Watch).


2. Dato' Sri Najib Tun Razak (Perdana Menteri Malaysia)


Majalah the Heat di Malaysia pada November tahun lalu menerbitkan laporan tentang perbelanjaan boros perjalanan ke luar negeri Perdana Menteri Najib Razak dan bayaran perunding peribadi. Dalam kunjungan ke luar negeri Najib juga kerap mengajak isterinya menaiki jet peribadi.


Menurut the Heat, sejak Januari hingga Oktober 2013 Najib tercatat menghabiskan dana sebesar RM 7.2Billion untuk membayar perunding peribadi, seperti dilaporkan freemalaysiatoday.com, dua bulan lalu.


Untuk makluman,pemimpin menyewa perunding peribadi bagi memberi pandangan mengenai pelan pembangunan negara.

3. Silvio Berlusconi (Bekas Perdana Menteri Itali)

Bekas Perdana Menteri Italia Silvio Berlusconi pernah menghabiskan RM 12.8Juta tunai untuk memberi hadiah kepada para artis perempuan dan pengacara televisyen yang menyukainya pada 2011. Berlusconi juga didakwa membeli perhiasan senilai RM 1.5Juta untuk membeli hadiah untuk diberi kepada pengampunya.


Laporan dari akhbar La Repubblica pernah menyatakan pada Januari 2007 hingga Juni 2008 Berlusconi membayar senilai RM 73.1Juta kepada rakan-rakan dan teman sejawatnya, termasuk rakan politik, staf peribadi dan kakaknya Paolo, seperti dilapor akhbar the Guardian, 2011 lalu.


Total wang dihabiskan Berlusconi buat para perempuan muda di sekelilingnya mencapai RM 11.6Juta .


4. Kim Jong-Un(Pemimpin Korea Utara)






Pemimpin Korea Utara Kim Jong-un mempunyai hobi membeli barang-barang mewah, termasuk piano, kereta, dan teater pwribadi berkapasiti 1.000 orang.Berita itu didokumentasikan dalam Penyelidikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap catatan hak asasi Pyongyang.


Terkenal atas gaya hidup mewahnya, Kim mengambil alih rejim pemerintahan Korea Utara dari ayahnya, Kim Jong-il, pada 2012, seperti dilapor surat kabar the Daily Mail, Khamis (20/2).


Di tahun itu, laporan kewangan PBB setebal 374 mukasurat mendapati perbelanjaan Kim Jong-un untuk barang-barang mewah mencapai 600Juta USD hanya dalam setahun. Ini dua kali ganda lebih banyak dari pengeluaran terakhir dilakukan ayahnya, iaitu hampir 250Juta USD dalam satu tahun.


Setelah melakukan penyelidikan selama satu tahun terhadap negara itu, laporan PBB itu menemukan barang mewah diimport ke Korea Utara, termasuk puluhan kereta mewah Mercedes-Benz , puluhan piano, dan sebuah teater peribadi berkapasiti 1.000 orang.


Akhbar the Telegraph melaporkan teater itu akan digunakan oleh rakan-rakan Kim buat menjamin kekuasaannya.


Seorang  bekas pegawai yang melarikan diri mengatakan dalam pengakuannya di pejabat PBB, bahawa Kim menggunakan wang hasil perdagangan gading dari Afrika ke China, dan penjualan alkohol secara rahsia ke negara-negara Islam.


Komen dari bekas pemain bola keranjang NBA asal Amerika Serikat, Dennis Rodman, bahawa gaya hidup Kim setaraf pesta tujuh bintang dengan koktail yang banyak, kapal persiaran mewah dan jet ski di pulau peribadinya, dibuat setelah Rodman mengunjungi Pyongyang pada Oktober tahun lalu. Ini menguatkan lagi dakwaan PBB.


Meskipun saksi PBB yang tegas pada Korea Utara berusaha untuk menghentikan kemasukan barang-barang mewah ke negara itu, laporan tersebut tidak menyiasat bagaimana barang-barang itu boleh diimport ke Korea Utara.


Walaupun Kim hidup dalam limpahan harta benda mewah namun dalam laporan terbaru dari Organisasi Agrikultur Dan Makanan (FAO) pada November lalu menyatakan Korea Utara tetap menjadi satu dari 34 negara miskin di dunia dan memerlukan bantuan dari luar negeri untuk menyara rakyatnya. 


FAO menganggarkan sekitar 2,8 juta orang di Korea Utara berjuang untuk bertahan hidup akibat kekurangan gizi dan kurangnya protein penting dan lemak dalam pola makan mereka.



5. Benjamin Netanyahu(Perdana Menteri Israel)

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu didapati memborong lilin wangi dan bunga bernilai 24.1Juta USD. Semua itu demi menghias pejabatnya.


Netanyahu memang sedang dikecam kerana sikapnya yang boros. Ini belum termasuk menghias taman dihadapan pejabatnya, seperti dilapor surat khabar Maariv, Disember lalu.


Lelaki peramah dipanggil Bibi ini memang gemar hidup mewah. Tahun lalu dia juga dipalit isu  menyewa jet peribadi seharga ratusan juta USD padahal ketika itu ekonomi Israel sedang merudum.


Walaupun borosnya terlihat jelas di mata namun wakil perdana menteri Israel mengatakan dana ini sudah jauh berkurang dari tahun lalu. "Angka perbelanjaan perdana menteri dan keperluannya sudah jauh berkurang," kata wakil itu.
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.