Ganas! 2 Wanita ini merompak menggunakan senjata pedang dan pistol


Kenderaan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di plaza tol Jambatan Pulau Pinang.

Kota Bharu: Dua wanita dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, bagi menghadapi tuduhan merompak di sebuah rumah kedai di Pengkalan Chepa, di sini, dengan bersenjatakan pedang serta pistol, Julai lalu.

Nurul Suhada Jusoh, 26, dan Sumiyyah Razali, 22, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Mohd Yusoff Yunus.

Mengikut pertuduhan kedua-dua wanita dari Kuantan, Pahang, itu bersama seorang lagi yang masih bebas, didakwa merompak dua gelang emas, satu komputer riba, beberapa helai jubah, sebuah beg jenama Coach, dua beg tangan dengan satu daripadanya mengandungi kad pengenalan, buku cek dan cermin mata Bonia yang semuanya bernilai RM20,000 di Jalan Padang Tembak, Pengkalan Chepa, di sini, pada jam 10.05 malam, 21 Julai 2014.


Ketika melakukan rompakan, tertuduh yang masing-masing bekerja sebagai tukang masak dan jurujual bersenjatakan sebilah pedang dan sepucuk pistol.


Mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 397 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.