Rasanya kepada mereka yang lahir pada umur 80-an dan kebawah, ditampar, dirotan oleh guru adalah satu perkara biasa pada mereka.
Guru tidak akan suka-suka untuk menghukum kita secara fizikal, ianya samada kita melakukan kealahan atau gagal dalam pelajaran dan tujuan hukuman itu diberikan adalah untuk mendidik kita menjadi insan yang berguna pada masa hadapan.
Namun pada hari ini, banyak kita tengok laporan-laporan Polis dibuat oleh ibu bapa apabila anak mereka di rotan oleh guru. Ibu bapa sekarang beranggapan guru hanya boleh mengajar sahaja. Jika anak mereka melakukan kesalahan tiada sebarang hukuman dari segi fizikal boleh dikenakan kecuali guru displin atau pengetua. Ini membuatkan pelajar hilang hormat pada guru kelasnya.
Namun dalam banyak-banyak kes ibu bapa mengadu anak mereka menjadi mangsa hukuman fizikal oleh guru di sekolah, masih ada yang berfikiran positif.
Menerusi status seorang pengguna Facebook, Zeeda Aziz, dia menceritakan kisah mengenai anaknya yang pernah ditampar oleh seorang guru. Bagaimanapun anaknya hanya menceritakan kepadanya beberapa bulan selepas peristiwa itu.
Apa yang menariknya dia tidak marah kepada guru itu, sebaliknya dia meminta guru itu menjadi tutor peribadi anaknya kerana jelas guru itu seorang yang tegas dan masih menggunakan kaedah lama dalam mendidik para pelajarnya dan hasilnya guru itu menjadi guru yang paling disukai oleh anaknya..
Baca luahan hati Zeeda Aziz Ibu kepada pelajar yang pernah ditampar oleh seorang guru.
9 September: Alhamdulillah, aku banyak menerima feedback yang baik dari guru2, hasil dari luahan melalui status aku tempoh hari.
Aku turut mendapat panggilan telefon dari guru anak aku, bertanyakan tentang status yang ditulis. That article was written to praise her for doing an excellent job as a teacher and Alhamdulillah she accepted it with pride. You earned that, teacher. You are an amazing educator.
Aku tanya Danish hari ini, cikgu mana yg dia paling suka/admire. Without hesitation, Danish jawab, "My English teacher." There you go. Hanya satu tamparan, meninggalkan kesan ke dalam diri dia, dan itu membuatkan Danish sangat berminat dengan kelas Bahasa Inggerisnya.
Ada ibubapa berpendapat hubungan anak dan ibubapa sepatutnya jadi seperti bff. Benarkah ada hubungan bff di zaman ini? Ibubapa balik rumah pegang smartphone, sibuk ber'whatsapp' dan ber'facebook'. Siapa bff anak? TV? Tablet?
Siapa yang mendisiplinkan anak? Upin & Ipin?
Permainan anak2 yang bersepah dikemaskan bibik.
Siapa yg mendidik anak supaya menjadi lebih bertanggungjawab?
Beban ini kemudiannya ditanggung oleh guru2 di sekolah. Pelajar menjadi nakal kerana tidak dipedulikan di rumah. Namun, bila pelajar menerima hukuman, ibubapa bertindak seperti panglima perang datang menyerang. "Usah jentik anak aku, sebab aku sendiri tak pernah marah anak aku di rumah".
Exactly!
Anak yang melihat kuasa ibubapa menekan guru mereka, mula rasa ego mereka mencanak naik. Guru dilihat seperti orang suruhan ibubapa mereka. Ada ibubapa mengherdik guru, mengatakan duit gaji guru adalah hasil dari pembayaran cukai ibubapa ini. Besar sekali lagak ibubapa. Semakin besar kepala anaknya nanti.
Jika kamu tak setuju dengan pemikiran aku, itu bukan masalah bagi aku.
Pada aku, tak semua orang mampu menyandang profession sebagai seorang pendidik. Sedangkan kamu seorang yg terpelajar pun, hantar anak ke tadika untuk belajar ABC, 123. Kenapa tak mengajar sendiri? Sukar bukan?
To all teachers, you have my respect. Dan aku akan cuba pastikan anak2 aku tetap menghormati dan mengingati jasa guru2 mereka supaya mereka sedar, tanpa guru, mereka tak akan jadi orang yg berilmu dan beradab.
"Bapak yang bersalah.. Bapak yang membesarkan Sazali dengan penuh kasih sayang dan kemewahan. Segala kemahuan Sazali bapak turutkan. Segalanya sudah terlambat" - Anakku Sazali.. - Zeeda Aziz