Bekas model majalah Playboy, Felixia Yeap yang kini sedang dalam perhatian ramai ekoran pengumuman beliau untuk memeluk Islam pada 5 Ramadhan ini terus menjadi perbualan selepas beliau memuat naik sekeping gambar resit bank ke laman Facebook beliau.
“Siapalah yang kaya sampai tahap ni? Hmm tapi tak mengapa kalau akaun bank tak melimpah sebegini. Biar kaya iman, kaya budi bahasa, kaya pengetahuan dan kaya pahala daripada kaya dalam bank akaun, tapi miskin untuk dunia akhirat,” katanya menyindir pedas.Resit bank dengan baki kononnya RM7 juta itu sebenarnya merupakan prop pengambaran sebuah telemovie yang menampilkan Felixia
Yeap. Itu sahaja.
Dan, gambar tersebut sudah pun dipadamkan dari akaun Facebook beliau.