Ini bukan 3D art tapi ini betul betul terjadi di Malaysia. Sebentar tadi pengguna Internet di kejutkan dengan gambar gambar tanah runtuh di simpang empat Jalan Imbi.
Akibat daripada kejadian itu, perkhidmatan KL Monorail dari stesen Hang Tuah ke stesen Jalan Imbi diberhentikan serta merta. Kami nasihatkan anda elak dari memasuki kawasan Times Square dan Bukit Bintang. Pasti sesak.Satu kesesakan teruk dilaporkan berlaku di Jalan Imbi - Jalan Hang Tuah di ibu negara bermula sebentar tadi.
Ia dipercayai berpunca daripada satu kejadian mendapan tanah korek terowong MRT.
"Berdasarkan maklumat awal yang malatup Kau terima mendapan tanah yang mengakibatkan lubang besar berlaku di lampu isyarat simpang bersilang berhampiran sebuah kawasan pembinaan.
Ia turut menjejaskan perkhidmatan pengangkutan awam termasuk Monorail dan perkhidmatan bas.
Ini bukan kejadian kali pertama tetapi sudah beberapa kali... setiap kali kejadian bertambah teruk.