Shila Amzah sindir seseorang - Beberapa
minggu lalu, Shila Amzah dikecam teruk peminat di laman sosial
kerana didakwa hanya memakai skirt pendek paras peha sambil bertudung
yang dipadankan dengan legging berwarna kulit.
Tindakan bekas kekasih Sharnaaz Ahmad
itu mendapat sokongan dari beberapa peminatnya yang beranggapan bahawa
pemakaian Shila tidak salah kerana ia masih menutup aurat walaupun hanya
memakai inner berwarna kulit untuk lengannya.
Kontroversi itu akhirnya reda selepas ND
Lala tampil menjelaskan situasi sebenar dan mengambil tanggungjawab
penuh terhadap kesilapan tersebut. Dia juga berharap agar orang ramai
tidak menyalahkan anaknya setelah tampil mengenakan fesyen tidak menutup
aurat.
Semalam pula, Shila telah memuatnaik
sekeping foto yang menunjukkan dirinya hanya memakai inner berwarna
kulit yang kelihatan seperti tiada lengan. Foto itu disertakan dengan
caption seolah-olah menyindir seseorang. Siapa agaknya individu yang
ingin disindir Shila Amzah?