Kebiasaannya setiap pasangan mahu mengetahui jantina anak mereka ketika masih di dalam kandungan. Tetapi berlainan pula dengan pasangan Che Ta dan Zain Saidin yang tidak mahu berbuat demikian serta mahu terus menjadi tanda tanya agar berlaku kejutan bila tiba masanya kelak.
Che Ta dilihat lebih teruja untuk mengetahui jantina anak mereka apabila sudah membuat senarai barangan yang harus dibeli kelak. Dalam masa yang sama, Zain turut merasa bimbang jikalau dia tidak dapat menemani isterinya yang dijangka bersalin pada bulan Oktober depan dek kerana kesibukan di set penggambaran.
Mengenai perkembangan semasa pula, Zain bakal menjalani penggambaran di London untuk program Oh My English! musim ketiga di sana..