Sharnaaz Ahmad mahu selesai masalah dengan Lisdawati - Pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad, 29, memberitahu kepada media bahawa dia mahu menyelesaikan masalah pergaduhan dengan Lisdawati hanya selepas aktres itu bersalin nanti.
"Pertelingkahan saya
dengan dia (Lisdawati) itu biarlah berlalu... Tapi saya rasa ia memang
patut diselesaikan sebab saya tak mahu nanti kalau saya mati, mata tak
tutup rapat."
Menurut Sharnaaz, dia nekad mahu
bersemuka untuk menyelesaikan perbalahannya dengan Lisdawati dan juga
Fauzi Nawawi, namun tidak mahu tergesa-gesa memandangkan aktres berusia
36 tahun itu sedang sarat mengandung.
"Saya tunggu
Lisdawati beranak dulu, baru bincang. Sebenarnya saya malas lah nak
cakap tentang perkara ini. Saya tak suka bercakap pasal orang yang tiada
kena mengena dalam hidup saya."
Penjelasan itu dibuat oleh Sharnaaz
ketika ditemui dalam majlis tayangan perdana bagi episod akhir drama
bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang diadakan di Red Carpet Avenue @
Encorp Strand Mall, Kota Damansara.