Selepas kecoh berita Rozita Che Wan akan menghadiahkan anaknya Ammar dengan sebuah kereta mewah BMW berharga RM 700,000, bermacam komen negatif dilontar kepadanya. Dia terus dilabel berlagak oleh orang ramai.
Bagi memperbetulkan kenyataan tersebut Rozita Che Wan yang ditemui para media baru baru ini membidas tohmahan orang ramai yang melabel dirinya sebagai berlagak.
“Ya memang kereta Audi R8 tu favorite car dia. Tapi I tak cakap pun I nak belikan dia kereta tu atau tidak. I tak menunjuk. Orang yang sibuk sana sini ambik tahu. Tanya I itu ini”
“Jadi takde istilah I berlagak ataupun nak menunjuk kat sini. Mulut orang yang suka buat cerita yang menampakkan macam I ni menunjuk,” katanya.
Sebetulnya tambah Che Ta, sebelum ini dia tidak pernah memberitahu orang ramai jenama kereta yang bakal dihadiahkan kepada Ammar. dengan mengumumkan jenama kereta, sekaligus dia akan mendedahkan keluarganya pada bahaya.
“Kalau I canang sana sini kereta apa I nak bagi anak I, lagi senang pencuri nak dekati I. Penjenayah sekarang ni ramai. Silap haribulan I boleh kena culik”
“Perkara hadiahkan anak di benda biasa. Ramai lagi parents yang hadiahkan anak-anak mereka. Bila dihebohkan sana sini, itu yang jadi orang tengok macam menunjuk. Tapi biasanya mereka yang kebiasaan mengata kita, mereka ni cemburu & tak mampu nak memiliki apa yang kita ada”
Menurutnya lagi, tiada istilah memanjakan anak anak malah setiap kali mereka menunjukkan kejayaan dalam pelajaran, dia akan memberi hadiah sebagai pendorong kepada mereka supaya lebih maju di masa hadapan. Che Ta juga sudah menyediakan rumah untuk anak-anaknya.
“Apa yang kita bagi ni adalah sebagai galakan. Bukan untuk manjakan mereka. Jika sebelum ni I dah belikan rumah untuk anak I. I tak bercerita pada orang. Jadi tiada masalah untuk I belikan sebuah kereta untuk Ammar sebagai hadiah”
“Mereka ni anak I, suka hatilah nak belikan keretapi atau kereta kebal sekalipun. I tak minta duit dari ibu bapa mereka. Malah Zain atau ex-husband pun tak cakap apa-apa,” tambah Rozita Che Wan lagi.