Menerusi laman Instagram, Wan Sakinah meluahkan perasan kecewa dan kesedihannya akan tindakan sesetengah pihak yang membabitkan anaknya. Justeru itu, dia meminta maaf kepada anak kecilnya itu kerana turut mendapat tempias kebencian "haters" Wan Sakinah.
Wan Sakinah menulis:
"Sarah sayang... Kat dunia ni ramai yg marah ibu. Ramai yg benci pun. Tp sarah jgn risau.. Ibu, ayah & mama sayang sgt kat sarah. Ibu mntk maaf, sebab ibu, sarah pun terkena tempiasnya. Ibu tau ramai doa yg bkn2 utk anak ibu ni. Tp insyaAllah, anak ibu, Sarah Ashraf bt Mohd Ashraf ni dipelihara & dilindungi Allah dunia & akhirat. Jd anak yg solehah sayang yea.. #sarahashraf "