BRAVO 5, Filem Perang Komando ATM Malaysia Berdasarkan Kisah Benar 1989



Sudah lama industri filem Malaysia dilambakkan dengan filem-filem hantu seram, komedi, separuh seram, separuh komedi sampai naik berbulu dah rakyat Malaysia nak melayan filem-filem ‘low’ class macam ni. 


BRAVO 5, sebuah filem aksi/patriotik berdasarkan kisah benar di bawah arahan Mohd Latiff Zami (Yeop Hitler) yang dibintangi oleh Beto Kusyair, Remy Ishak, Sofi Jikan dan beberapa lagi pelakon lain akan ditayangkan dalam tahun 2014.

Berlatar belakang tahun 1989, filem ini mengisahkan lima anggota Komando ATM (Rejimen Gerak Khas) yang ditugaskan mengesan kedudukan gerila komunis yang merancang menguasai kedudukan strategik kawasan tengah Semenanjung Malaysia.

Malangnya, perhubungan terputus kerana set komunikasi rosak. Tanpa bantuan pasukan tentera lain yang sepatutnya tiba, mereka terpaksa bertempur dengan hampir 200 anggota gerila komunis.

Filem-filem sebegini sepatutnya dihasilkan lebih banyak berbanding dengan filem-filem hantu yang entah apa-apa. Bukanlah bermaksud anti filem hantu, tetapi bikin filem biarlah ‘cantik’ dan menarik. Ini kerana, kebanyakan filem hantu yang ditayangkan hanya mementingkan keuntungan dari penonton semata-mata.

Apa-apa pun, harap filem Bravo 5 akan ditayangkan di pawagam sebelum bulan Ogos. 

Enjoice trailer di bawah: 

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.