Semakin lama, semakin sewel raja bomoh sedunia ini. Abis semua orag dia nak pukul. hahahha. Selepas dengan isu KJ kini pula dengan Datuk Seri Anwar pula. Jom baca selanjutnya
Terbaru Raja Bomoh - Lepas Dah Bantai Khairy, Dia Nak Pukul Anwar Pula
Tindakan
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang menggunakan isu ‘Raja Bomoh’
ketika berceramah di Kajang menimbulkan kemarahan Datuk Mahaguru Ibrahim
Mat Zin. dan juga dikenali sebagai Raja Bomoh Sedunia
Menurutnya
tindakan tersebut tidak wajar kerana walaupun pilihan raya ini bagus
namun jangan menggunakan namanya untuk meraih populariti.
Ibrahim
turut mendakwa, Anwar adalah jenis ‘kacang yang lupakan kulit’ kerana
melupakan budi yang pernah diberikannya sebelum ini.
“Saya
tidak pernah kenal dia, tapi dia pernah makan budi saya. Masa dia jadi
Menteri Pertanian dia datag ke Sungai Manik, Perak. Masa itu dia datang
saya sponsor (taja) dia makan. Tapi manusia lupa kulit, tak tahu nak
cakap la (jenis) lupa orang. Kita tak lupa dia (tapi) dia lupa kita” katanya.
Beliau
turut menjelaskan akan memfailkan saman malu terhadap ahli parlimen
Permatang Pauh itu kerana menggunakan nama dan popularitinya di dalam
kempen dan ceramah pilihan raya.
“Anwar
Ibrahim kalau dia lantang (bangkitkan lagi isu) saya akan sama malu,
kerana dia menjual nama saya ketika (ceramah) pilihan raya kerana dia
tidak ada modal.
“Dia
cakap dalam parlimen baru-baru ini, siasat siapa Ibrahim Mat Zin. Jadi
dia nak siasat saya, siasat diri sendiri dulu, jangan tuduh orang
bukan-bukan.
Tonton video apa raja bomoh katakan tentang Anwar ini
Nota :
Adui masalah pula dengan Raja bomoh ini. Admin pun dah tak tahu nak
kata apa dengan raja bomoh seduia yang semakin hari semakin sewel ini.
Mohon Raja bomoh ini bertaubat kepada Allah itu lebh baik. Apa komen
korang ?