Laporan MH370 Dilarikan Untuk Kegunaan Pengganas Pada Masa Akan Datang


MH370 Dilarikan Untuk Kegunaan Pengganas Pada Masa Akan Datang ? | Ini mungkin persoalan yang ramai rakyat Malaysia ingin tahu sebab sehingga kita tidak muncul lagi pesawat MH370 itu. Di tambah lagi dengan HIJACK yang menyokong ianya mungkin digunakan untuk pengganas. Laporan Media Massa luar. Baca selanjutnya


MH370 Dilarikan Untuk Kegunaan Pengganas Pada Masa Akan Datang ?

Agensi perisikan Amerika Syarikat (FBI) masih belum dapat mewujudkan sebarang perkaitan kumpulan penggnas antara kapten kapall MH370 dan pembantunya sehingga kini.
Namun, sebahagian pegawai kanan persikan negara itu beranggapan, pihak yang merampas kapal itu melarikannya ke lokasi yang tidak diketahui mungkin mahu menggunakannya untuk rancangan pada masa akan datang.
Mereka beranggapan, tindakan melarikan MH370 adalah ‘dry run’ atau percubaan awal untuk serangan pengganas di masa hadapan.
“Ia lebih kepada usaha untuk melihat apakah kapal boleh dilarikan dan disorokkan daripada radar,” kata salah seorang pegawai berkenaan kepada media di negara itu.
Menurutnya, kenyataan itu tidak boleh ditolak kerana wujud bukti yang cukup bahawa kapal berkenaan terus terbang selama beberapa jam selepas dari waktu ia dilaporkan hilang.
MH370 dengan ratusan penumpang serta anak kapal hilang dari radar awam pada 8 Mac lalu. Sabtu lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan bahawa semua sistem komunikasi kapal itu telah dimatikan dengan sengaja dan dilencongkan dengan niat ke lokasi baru yang sedang disiasat sehingga kini oleh pihak berkuasa tempatan mahupun luar negara
Beliau bagiamanapun tidak menggunakan istilah ia dirampas sehingga kini .

Nota : Apapun sehingga kini Masih lagi tidak ada sebarang jawapan sama ada ianya diambil oleh pengganas atau ada pihak sengaja mensabotaj. Apapun jalan yang terbaik bagi umat ISLAM kita berdoa kepada Allah yang lebih mengetahui dimanakah pesawat itu

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.