Anak Sanggup Bunuh Ibu Kerana Enggan Belikan Smartphone

Anak Sanggup Bunuh Ibu Kerana Enggan Belikan Smartphone

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)

MIRI: Pertengkaran seorang ibu dan anak lelakinya yang dikatakan berkaitan pembelian telefon pintar di sini, malam tadi berakhir dengan tragedi apabila wanita itu mati dipercayai ditikam anaknya petang tadi.

Ketua Polis Miri, ACP Gan Tian Kee, berkata polis menahan remaja berusia 18 tahun itu untuk membantu siasatan selepas menemui mayat wanita berusia 43 tahun itu di dalam keretanya di tempat letak kereta berhampiran sebuah gelanggang tenis di sini pada 3 petang.

Beliau berkata, polis turut menemui pisau yang disyaki digunakan untuk membunuh wanita itu yang bertugas sebagai guru tuisyen, di dalam kereta itu.

"Polis menganggap kes bunuh ini selesai...pertengkaran wanita dan anak lelakinya dari malam tadi berpunca daripada masalah keluarga," katanya di sini, hari ini.

Picture
Anggota polis membawa keluar mayat mangsa yang ditikam.

Gan bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci masalah keluarga itu tetapi BERNAMA difahamkan ia berpunca daripada keengganan ibu suspek membeli telefon pintar untuk anak lelakinya yang tidak bekerja itu. - BERNAMA

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date


Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.