Dianggap tidak sensitif dengan keadaan semasa, Zed tidak sepatutnya mengupas perkara ini secara sinikal dan berbaur hentaman kepada Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) memandangkan masalah sebenar masih belum dapat dikenalpasti.
Bagaimanapun selepas menerima banyak komen ‘nasihat’ di Twitter, Zed Zaidi akhirnya mengakui kesilapan dan memohon maaf.
“Saya Mohon Maaf Atas Kenyataan Mengenai Kapal Terbang MAS Yang Hilang di Twitter & FB Sy tadi. Saya Tiada Niat Utk Memburukan Lagi Keadaan,” demikian permohonan maaf diucapkan menerusi Facebook Rozaidi Jamil (Zed Zaidi) miliknya.
Manakala menerusi Twitter, Zed memuatnaik status:

Diharapkan semua pihak, apatah lagi jika anda mempunyai kedudukan tertentu berhati-hatilah sebelum mengeluarkan komen apatah lagi apabila membabitkan isu nasional.
Tersilap cakap, reputasi anda mungkin tercalar selain dianggap ‘kurang cerdik’
Tersilap cakap, reputasi anda mungkin tercalar selain dianggap ‘kurang cerdik’