Lagi Taman tema Angry Birds di Malaysia dibuka Jumaat ini


Taman tema Angry Birds dibuka Jumaat ini, angry bird star wars 2 games, angry bird star wars game, angry bird star wars, game angry bird star wars, angry birds t shirt, angry birds t shirts, angry birds shirts, angry bird t shirt, angry birds shirt

Kepada peminat tegar permainan video Angry Birds, ada berita gembira buat anda. Ini kerana Taman Tema Angry Birds akan dibuka pada Jumaat ini iaitu pada 31 Oktober ini di Komtar Johor Bahru City Centre (JBCC).

Dipetik dari Berita Harian, taman tema tertutup seluas 26,000 kaki persegi itu dimajukan oleh Damansara Assets Sdn Bhd, anak syarikat JCorp dengan kerjasama pengasas Angry Birds Rovio Entertainment Ltd.

"Taman Aktiviti Angry Birds ini bakal menjadi tarikan utama dengan menyediakan hiburan dalam bentuk baharu kepada peminat watak Angry Birds bukan saja Malaysia tetapi negara jiran khususnya kepada kanak-kanak.

"Kami menjangkakan kira-kira 150,000 pengunjung taman aktiviti ini pada tahun pelancarannya dan yakin boleh mencapai kapasiti 200,000 orang setahun dengan sokongan daripada rakan kongsi kami," kata Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp, Datuk Kamaruzzaman Abu Kasim.

Tambah Kamaruzzaman lagi, antara permainan interaktif disediakan termasuk Lazer Maze Spaceship, Classic Power, Play Go! Kart untuk kanak-kanak manakala Lazer Bird Shoot, Panna Soccer, Space Drop Airbag dan Red Bird Goal.

Kepada anda yang ingin berkunjung Taman Aktiviti Angry Birds, tiket hanya berharga RM75 seorang manakala untuk pemegang MyKad atau MyKid adalah RM60.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.