Seorang lelaki cina warga singapura yang dikenali sebagai Ho Peng, 42,
membakar dirinya dengan petrol di Johor Bahru pagi semalam.
Dalam kejadian itu, pekerja stesen minyak di Plaza Pelangi enggan
menjual 4 liter petrol kepada Ho Peng kerana dia tidak mempunyai
kenderaan.
Drama kemuncaknya, Ho Peng mengangkat nozzle pam dan mengugut untuk
membakar dirinya jika mereka masih bekeras enggan menjual petrol
kepadanya.
Bimbang dengan keselamatan lelaki itu, pemilik stesen minyak terbabit
akhirnya menjual 4 liter petrol seperti yang dipinta oleh lelaki itu.
Ho Peng kemudian berjalan ke jalan utama dan duduk di tepi jalan. Dia
kemudiannya mencurahkan dirinya dengan petrol dan memetik api lalu
membakar dirinya.
Dalam keadaan yang masih terbakar, Ho Peng terjatuh ke dalam longkang.
Dan orang ramai yang menyaksikan kejadian itu bertindak memadamkan api
di badannya dengan pemadam api. - My Media Hub