Shah Jaszle biar Instagram jadi laman lucah tanpa tindakan - Sejak laporan Shah Jaszle hanya memakai boxer ketika dicekup khalwat di sebuah apartmen Taman Sri Subang 16 Mei 2013, laman Instagram miliknya kini bukan sahaja menjadi tempat peminat melemparkan tomahan dan kritikan malah komen-komen lucah juga.
Di sebalik sikap mereka yang semakin keterlaluan dan memalukan aktor itu, Shah Jaszle seolah-olah hanya berdiam diri dan tidak langsung memperdulikan apa yang sedang berlaku di laman sosialnya.
Memandangkan Instagram Shah Jaszle dikunjungi hampir 45,000 orang pengikut yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur, rasanya tidak elok jika ada kanak-kanak yang terbaca komen lucah berhubung alat sulit jejaka.
Bagi penulis, Shah Jaszle seharusnya perlu lebih peka dengan perkara ini serta bertindak cekap untuk memadam komen-komen negatif dan seterusnya menyekat pengikut berkenaan.