Sensasi baru senisuara tanahair berjaya ditemui malam tadi dengan kemunculan Caliph Buskers yang diundang Edry dan Mojo untuk menyampaikan lagu Roman Cinta sekaligus memenangi kategori Persembahan Terbaik AJL malam tadi.
Tiada siapa menduga persembahan vokal amat mantap dari penyanyinya Azmi yang berasal dari Felda Tenggaroh, Mersing , Johor itu.Persembahan vokal yang bukan sahaja mengagumkan malah jujur dan menyentuh perasaan. Kumpulan berstatus OKU ini sering menghiburkan umum di sekitar Kuala Lumpur .
Thanks to Edry yang mengetengahkan bakat kumpulan ini , semoga Caliph Buskers akan terus bersinar dan berjaya di persada industri muzik Malaysia.
Teka-teki siapa yang bakal menggantikan Aweera dan juga penyanyi dari Indonesia untuk membawakan lagu Romancinta daripada Mojo di dalam malam kemuncak Anugerah Juara Lagu 29 (AJL29) sudah pun terjawab.
Penyanyi tersebut adalah Azmi Saat iaitu vokalis daripada kumpulan Caliph Buskers iaitu sekumpulan pemuzik jalanan busker yang dianggotai oleh insan-insan istimewa cacat penglihatan.
Tindakan ketua kumpulan Mojo iaitu Edry ABdul Halim memilih Azmi Saat untuk menggantikan tempat Aweera dan juga penyanyi dari Indonesia itu memang satu keputusan yang tidak diduga.
Namun, pada masa yang sama, pemilihan Azmi Saat itu adalah satu tindakan yang cukup berani dan menarik. Malah, ia mampu mencipta sejarah tersendiri di dalam penganjuran AJL selama ini.
Menariknya, Edry tidak membiarkan Azmi Saat berseorangan bersama Mojo di atas pentas, namun Edry turut memberi peluang kepada anggota Caliph Buskers yang lain untuk turut sama beraksi di atas pentas.
Barangkali untuk memberikan keselesaan kepada Azmi Saat yang sudah sekian lama beraksi bersama kumpulan Buskersnya itu di beberapa tempat di sekitar Kuala Lumpur terutamanya di khususnya di Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Apapun, lagu Romancinta bukanlah sesuatu yang asing buat Azmi Saat dan Caliph Buskers kerana mereka pernah membawakan lagu ini di hadapan khalayak penonton di hadapan kawasan pusat beli-belah Sogo.
Apapun, Caliph Buskers akui bahawa 18 Januari 2015 merupakan detik bersejarah buat Caliph Buskers kerana diberi kepercayaan dan peluang oleh Edry Abdul Halim untuk membawakan lagu Romancinta tersebut.
"Kami akan berkolaborasi bersama kumpulan Mojo di pentas Anugerah Juara Lagu malam ini. Vokalis Caliph Buskers, Azmi Saat akan menyanyikan lagu berkenaan dan anggota yang lain akan bersama untuk mengiringi muzik persembahan.
"Mohon doa dan sokongan semua untuk kami bagi kelancaran dan mutu persembahan kami. Semoga kami dapat menterjemah persembahan yang terbaik. InsyaAllah," kata wakil jurucakap mereka sebagaimana yang dipetik di dalam laman rasmi facebook mereka.
Kalau ingin tahu bagaimana Caliph Buskers beraksi bersama Mojo menerusi Romancinta pada malam ini, jangan lupa saksikan AJL29 yang dipancarkan secara langsung menerusi Stadium Putra, Bukit Jalil. .
Sumber : murai.com.my