Punca sebenar Puteri Sarah Liyana berhenti berlakon - Sejak bergelar isteri yang sah kepada pelakon dan pengarah terkenal Syamsul Yusof, Puteri Sarah Liyana, nekad bersara dari dunia hiburan dan mahu menumpukan kepada bidang pemasaran.
Keputusan berundur itu diambil beliau sejak tahun lalu lagi kerana selesa dan gembira menjadi pengurus pemasaran bagi Butik Eilya serta berjinak-jinak dalam bidang rekaan fesyen untuk muslimah.
“Butik tersebut bukan milik saya tetapi saya bekerja di bahagian pemasaran untuk Butik Eilya itu. Shamsul juga gembira serta selesa dengan kerja tersebut. Saya sudah bersara daripada lakonan sejak tahun lepas lagi.
Keputusan yang diambil untuk bersara bukan dibuat kerana saya hendak berkahwin tetapi bagi menumpukan perhatian kepada kerjaya baru."