Kebiasaannya bila tiba sahaja hujung tahun dan musim cuti persekolahan, ramai yang memilih untuk menghabiskan masa bersama keluarga serta yang tersayang dengan aktiviti melancong. Salah satu lokasi yang menjadi pilihan untuk melancong adalah pulau.
Kali ini Malatup nak kongsi keindahan dan kecantikan Pulau Palawan yang terletak di Filipina. Pulau ini merupakan salah satu pulau tercantik di dunia oleh Anugerah Pilihan Pembaca kembara Conde Nast.
Dengan dikelilingi hutan tropika dan lautnya biru indah bercampur zamrud hijau, para pelancong dapat mengembara dengan berjalan kaki dipersisir pantai malah boleh juga merasai keindahan air terjun di sekitarnya.
Pulau ini boleh dikunjungi dengan menaiki bot atau kapal terbang yang mengambil masa kira-kira satu jam setengah melalui udara daripada Manila. Masa yang sesuai untuk mengunjungi pulau ini adalah sekitar bulan Oktober sehingga Mei.