Sepasang chopstik tertanam di dalam leher seorang pelajar sekolah dalam satu kemalangan dengan skuter elektrik di kawasan sekolah.
Jun Chia, 12, dikatakan keluar dari sekolah untuk membeli makanan dan pulang ke kelas dalam keadaan yang tergesa-gesa untuk menjamu seleranya dengan makanan tersebut.
Malangnya, dia terlibat kemalangan dengan ibubapa salah rakan sekelasnya yang sedang menaiki skuter elektrik di taman permainan.
Dia kemudiannya terjatuh dan chopstik yang disertakan sekali bersama makanan yang baru dibelinya tercucuk menembusi lehernya.
Staf sekolah memanggil ambulan dan pelajar berkenaan dihantar ke hospita.
Pegawai perubatan Zhou Jen memberitahu media di Cina: 'Kami melakukan imbasan CT yang mendedahkan bahawa penyepit itu tidak terkena bahagian penting di dalam leher pelajar berkenaan.
"Dia tersangat-sangat beruntung, dan kami telah berjaya menjalankan pembedahan bagi membuang chopstik itu"
Selain itu, Zhou Jen juga menambah pelajar berkenaan juga bernasib baik kerana chopstik itu diperbuat dari besi. Sekiranya diperbuat dari kayu, keadaannya akan lebih parah.