Mujur Tunang Nor Syafiqa Berjanji Setia & Teruskan Pernikahan


Tunang Nor Syafiqa Berjanji Setia & Teruskan Pernikahan

Tunang kepada Nor Syafiqa, 22 iaitu mangsa rompakan yang mukanya telah ditoreh menggunakan pisau berjanji akan terus setia dan meneruskan perkahwinan mereka seperti yang dirancang pada Mac akan datang.


Mohd Azijja, 24 tahun juga tekad untuk sentiasa bersama gadis yang dicintainya walaupun berkemungkinan Nor Syafiqa mempunyai parut kekal diwajahnya.

Menurut Azijja, dia kini memberi fokus untuk memulihkan kembali semangat tunangnya yang mengalami trauma kerana kejadian yang mengerikan itu.
‘‘Walau apa pun terjadi, saya akan terus bersama Nur Syafiqa dan kami akan meneruskan majlis perkahwinan seperti yang dirancang sebelum ini,’’ katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Bercerita mengenai detik cemas yang menimpa tunangnya itu, Mohd Azijja berkata ketika kejadian Nor Syafiqa ada menghubunginya namun dia tidak dapat menjawab panggilan tersebut. 

Selepas itu dia menerima mesej daripada tunangnya yang memberitahu bahawa dia telah dirompak dan meminta saya segera ke hospital.
‘‘Pada mulanya saya ingat dia bergurau kerana dia memang suka menyakat saya,” katanya.
Menurut Mohd Azijja, dia tidak dapat mengambarkan perasaan sedih ketika mengetahui kejadian itu menimpa Nor Syafiqa.

‘‘Saya sangat cemas. Saya menangis tidak henti-henti dan sehingga hari ini.

‘‘Walaupun Nur Syafiqa sudah boleh tersenyum tetapi saya tahu, dia sebenarnya masih sedih dan trauma dengan tragedi yang menimpanya itu. Sewaktu menemaninya, sudah beberapa kali dia tersentak dari tidur kerana bermimpi mukanya ditoreh, dia memberitahu berasa takut untuk pulang ke rumah itu,’’ katanya.





MALATUP!: Kami seluruh warga kerja MALATUP! mendoakan Nor Syafiqa dan ibunya segera sembuh dan penjenayah tersebut dapat segera dihadap ke muka pengadilan.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.