Selepas mengejutkan ramai dengan memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Skrin dan terbaru di Asian Television Awards 2014 (ATA) di Singapura pada 11 Disember lalu, pelakon cilik Puteri Balqis dikatakan telah mendapat perhatian produksi antarabangsa termasuk saluran Walt Disney.
Memetik laporan mStar, bapa kepada Balqis iaitu Azizi Aziz berkata, Pengarah Urusan Syarikat Walt Disney Asia Tenggara, Robert Gilby telah menyatakan minatnya untuk menyunting anaknya menyertai saluran itu.
"Alhamdulillah berkat kesabaran dan kesungguhannya selama ini mula menampakkan hasil apabila dia didatangi pelbagai pihak yang ingin mempelawany terlibat dalam projek mereka.
"Selain saluran Disney, kami juga disapa oleh beberapa penerbit filem dari Amerika Syarikat dan Australia dan meminta kakmi menghubungi mereka semula untuk perbincangan lanjut," ujarnya.
Walaupun teruja dengan pelbagai tawaran daripada produksi luar negara, Azizi memberitahu dia akan memastikan tawaran tersebut sesuai dan berbaloi serta tidak mengganggu pembelajarannya.
Malah dia enggan Balqis atau mesra dengan panggilan Aqish berasa tertekan dengan komitmen tersebut sehingga mendatangkan kesan pada masa akan datang.
Balqis yang baru berusia tujuh tahun telah memenangi trofi tersebut menerusi telefilem arahan Erma Fatima berjudul "Balqis" yang disiarkan di saluran TV3.