Hari ini di dalam satu kenyataan, Sharnaaz Ahmad menganggap gosip yang melanda dirinya tentang beberapa tin air arak popular di Jepun yang berada dalam troli'nya sebagai gosip yang membosankan.
Apapun dari kenyataan tersebut, Sharnaaz tidak memberikan jawapan langsung berkenaan samaada air tersebut miliknya atau bukan sebaliknya mendakwa ianya sengaja diada-adakan untuk mencari kesalahannya.
Semalam, Oh! Media ada berkongsi satu persoalan yang diajukan peminat Sharnaaz sendiri (dan dikongsikan bersama kami melalui email) tentang gambar tersebut samaada air tersebut miliknya atau siapa.
Sharnaaz juga meminta agar orang ramai melihat kesalahan pada diri sendiri sebelum mencari kesalahan orang lain.

"Banyak isu lain yang boleh dibuat. Kesalahan orang kalau cari memang seronokkan? Tetapi pernah tak kita melihat kesalahan pada diri sendiri? Ini membosankan.. Perkara itu, orang yang bercakap. Bukan saya. Jadi saya tidak hairan pun. Saya lebih pentingkan kerja daripada perkara itu," - Sharnaaz AhmadApapun pada pandangan kami, persoalan yang diajukan peminat tersebut bukanlah tuduhan atau ingin mencari kesalahannya, tetapi faham-fahamlah orang popular, normal lah ramai peminat yang melihat dan mahukan penjelasan sendiri dari artis kesayangan mereka. Gambar tersebut pun memang benar-benar ada dan bukan di ada-adakan guna Photoshop dan sebagainya. Jadi perlulah ada jawapan yang jelas dari Sharnaaz sendiri. Mudah sahaja sebenarnya.