Walaupun usianya baru sahaja menjangkau 7 tahun, bakatnya dalam bidang lakonan sangat luar biasa sehinggakan Puteri Balqis dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Asia di Asian Television Award 2014 yang berlangsung di Singapura baru-baru ini.
Malah lebih mengakumkan, menurut bapanya bakat Puteri Balqis juga turut diintai oleh Pengarah Urusan Syarikat Walt Disney Asia Tenggara, Robert Gilby dan menyatakan minatnya untuk menyunting Puteri Balqis menyertai saluran mereka.
Selain Balqis, turut dicalonkan dalam kategori tersebut adalah Joan Chen (Singapura), Tien Hsin (Taiwan), Kristal Tin (Hong Kong), Rui En (Singapura) dan Ko Su Chin (Taiwan).
Pelakon itu terdahulu memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Skrin (ASK) 2014 yang berlangsung pada 7 November lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) menerusi drama Balqis arahan Erma Fatima.
Menurut Azizi, walaupun teruja dengan pelbagai tawaran daripada produksi luar negara namun sebagai bapa dia akan memastikan tawaran tersebut sesuai dan berbaloi dengan Balqis selain tidak menggangu waktu pembelajarannya.
Kata Azizi, dia tidak mahu anaknya itu berasa tertekan dengan pelbagai komitmen yang pada akhirnya akan memberi kesan mendalam pada masa akan datang.
"Alhamdulillah berkat kesabaran dan kesungguhannya selama ini mula menampakkan hasil apabila dia didatangi pelbagai pihak yang ingin mempelawanya terlibat dalam projek mereka.
"Selain saluran Disney, kami juga disapa oleh beberapa penerbit filem dari Amerika Syarikat dan Australia dan meminta kami menghubungi mereka semula untuk perbincangan lanjut," katanya.
Selain Balqis, turut dicalonkan dalam kategori tersebut adalah Joan Chen (Singapura), Tien Hsin (Taiwan), Kristal Tin (Hong Kong), Rui En (Singapura) dan Ko Su Chin (Taiwan).
Pelakon itu terdahulu memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Skrin (ASK) 2014 yang berlangsung pada 7 November lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) menerusi drama Balqis arahan Erma Fatima.
Menurut Azizi, walaupun teruja dengan pelbagai tawaran daripada produksi luar negara namun sebagai bapa dia akan memastikan tawaran tersebut sesuai dan berbaloi dengan Balqis selain tidak menggangu waktu pembelajarannya.
Kata Azizi, dia tidak mahu anaknya itu berasa tertekan dengan pelbagai komitmen yang pada akhirnya akan memberi kesan mendalam pada masa akan datang.
"Bukan ingin bersikap 'demand' tetapi realitinya dia masih kecil dan saya tidak mahu dia berasa tertekan namun jika dia sanggup untuk lakukan sebarang projek tanpa mengabaikan pembelajaran saya bersikap terbuka.
"Bagaimanapun Alhamdulillah biarpun masih kecil dia sangat berdikari dan tidak pernah mengabaikan pelajarannya," katanya.