Tasha Shilla tidak gembira dilabel sebagai gadis liar


Tasha Shilla kecewa dilabel sebagai 'gadis liar'

Aktres jelita Tasha Shilla menyuarakan rasa kecewanya apabila terdapat segelintir pihak yang melabelnya sebagai 'gadis liar' selepas kontroversi kononnya dia melakukan perkara tidak senonoh dengan kekasihnya di set penggambaran disebar baru-baru ini.

"Sudah tentu saya kecewa dengan label sebegitu dan bagi saya tuduhan seperti itu tidak adil kerana sesetengah orang begitu mudah menghukum tanpa mengetahui situasi sebenar.


"Pun begitu saya harus anggap ia adalah lumrah biasa sebagai seorang selebriti dan apa yang boleh saya lakukan kekal positif dan meneruskan kerja saya seperti biasa," katanya kepada mStar.


Dalam pada itu, aktres berusia 28 tahun itu berkata, walaupun dirinya sering dihimpit kontroversi namun kekasihnya, Han sentiasa memberi sokongan dan nasihat kepadanya supaya lebih berhati-hati.

"Dia masih temankan saya ke majlis anugerah atau acara tertentu tetapi tidak lagi mahu ditemubual atau mencampuri urusan melibatkan karier saya selepas melihat kesan gosip dan kontroversi.

"Tetapi saya harus memuji sikapnya yang kuat dengan segala tuduhan mengaitkan namanya dan dia juga sentiasa menasihati saya agar lebih berhati-hati selepas ini."

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.