Ketahui Rahsia Mengenal Wanita Dari Cara Berjalan


Ketahui Rahsia Mengenal Wanita Dari Cara Berjalan

Mari kita Lihat Rahsia untuk Mengenal Wanita Hanya melalui Cara mereka Berjalan :p

1. Jalan berjinjit ( tumit kaki seakan - akan tak jejak tanah )

Sesapa yang dalam kategori ni diandaikan sifatnya tak jujur , kalau bercakap bahasanya laser dan menyinggung perasaan orang lain . Memiliki sifat ego yang tinggi .
Bila berbelanja ,sangat boros tanpa berfikir panjang . Kelebihan mereka , disukai ramai lelaki . Bila sampai kat sini mesti korang yersenyum kan ! Sekurang - kurangnya ada gak yang baik .

2. Berjalan sambil menoleh ke kiri ke kanan .

Mereka ini pandai simpan rahsia . Ada juga yang menganggap mereka ini tak jujur , suka menipu kawan . Kelebihannya , ramai lelaki yang nak pikat dia sebab mereka rasa perempuan jenis ni senang diatur dan diuruskan .

3. Berjalan sambil menunduk .

Wanita jenis ini berusaha menutup segala perlakuan atau apa saja yang berkaitan dengan hidupnya dari pengetahuan orang lain . Hanya orang yang boleh dipercayai dan rapat dengannya sahaja yang dapat berkongsi suka dukanya . Mereka ini sukar nak buka pintu hatinya untuk lelaki . Hatinya dingin dan tak kisah tentang cinta . Lelaki yang berjaya buka pintu hatinya pasti akan mendapat kebahagiaan kerana dia jenis yang setia dan tak pandai menghianati lelaki yang mencintainya .

4. Berjalan lurus memandang kedepan .

Wanita ini memiliki pendirian yang teguh . Bukan senang nak menggoncang imannya . Jangan berani menentang kata - katanya kalau tak nak dengar dia berleter panjang . Berpendirian teguh tapi mudah berselisih pendapat . Mereka hanya suka bersembang dengan orang yang berpengetahuan luas .

5. Berjalan bergerak ke kiri dan ke kanan ( ala catwalk ) .

Mereka ni tak ambik kisah dengan masalah yang berlaku . Anggap segalanya senang dan mudah untuk diselesaikan walaupun masalah tu perlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan . Akibatnya , banyak perkara yang tak dapat diselesaikan dan akhirnya menyusahkan diri sendiri .

6. Berjalan dengan badan yang tegak macam tentera berkawat .

Mereka bersikap tegas . Tidak mahu orang lain masuk campur urusan peribadinya . Gaya percakapnya serius memperlihatkan dia memiliki pendirian yang teguh . Dia bertanggungjawab atas apa yang dia buat . Dia suka kan lelaki yang berdikari dan romantis .

7. Berjalan seperti zirafah ( bila berjalan , kaki dan badan macam bergerak ke depan dan belakang )

Seorang yang mudah terasa dan tersinggung . Korang kena jaga perasaannya bila berbual dengannya sebab dia mudah mengalirkan air mata .

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.