Antara Timeline Lengkap Kes Bayi Meninggal Di Taska Permata Bonda


Antara Kronologi Lengkap Kes Bayi Meninggal Di Taska Permata Bonda

Dibawah adalah kronologi kes bayi meninggal di Taska Permata Bonda, Presint 11, Putrajaya. dua hari yang lalu.

Kronologi ini dikeluarkan oleh pihak taska kepada mereka yang menghantar anak-anak kecil ke Taska Permata Bonda.

Baca Kronologi Kejadian di bawah:

Pagi isnin ibu hantar baby di taska. Kak Munirah telah memaklumkan yang baby tidak sihat pada penjaga dengan harapan penjaga membawa anak ke klinik. Ibu menyatakan mahu sapu kunyit pada dahi baby untuk kurangkan selsema teruk baby. (Perubatan Tradisional)

Keadaan baby masa itu masih sihat cuma selsema dan badan sedikit panas, tiada sebarang kecederaan di anggota badan.

Selsema dan demam on off anak telah berlarutan selama seminggu yang sudah.

Kak Munirah mandikan baby, cikgu Ema pakaikan baju. Masa mandikan baby, Kak Munirah merasakan badan baby sedikit panas.

Tengahari, baby kurang minum susu dan asyik menangis (seperti hari-hari biasa), cikgu bagi susu dan cuba tidurkan baby dalam keadaan berpampers dan berbedung memandangkan badan baby suam. Bila baby tidur, cikgu letakkan baby di dalam cot baby bagi mengelak diganggu anak-anak lain yang sudah merangkak.

Sekitar jam 3 petang, cikgu Ema memeriksa baby dengan memberi susu. Ketika itu baby masih bernyawa.

Rutin harian selepas jam 3, cikgu akan menguruskan anak-anak lain yang (mandi dan makan) sementara siapkan anak-anak. Cikgu menyangka baby masih tidur dan tidak ingin menganggu baby tidur. (dua orang baby selalu dimandikan lewat).

5.30 pm ibu baby jemput, Kak Munirah kejutkan baby tapi baby dah kaku. Ada terdapat kesan bintik darah pada kening baby. Kak Munirah maklumkan pada ibu untuk masuk ke dalam taska untuk melihat sendiri keadaan anak. 

Ibu terus bawa anak ke kecemasan. Cikgu memaklumkan pada saya kejadian tersebut. 

Malam di bilik forensik terlihat kesan bintik dan lebam 2 pada badan baby. Penjaga dan pihak taska yang terlibat dibawa ke IPD untuk disoal siasat.

9am keesokan hari saya dan suami menghadiri urusan post morterm sehingga jam 3 petang. Penjaga membawa anak pulang ke kampung untuk urusan perkebumian.

Pihak JKM, Polis dan Kesihatan membuat lawatan ke taska dan siasatan dijalankan.

6pm anggota polis memaklumkan pada kami keputusan awal post morterm.

Tiada sebarang unsur penderaan atau jenayah. Cuma perlu tunggu keputusan ujian kimia bagi mengetahui punca sebenar kematian baby.

Ini fakta sebenar keadaan pada hari kejadian.


________________________________________________________

My Media Hub

NOTA KAKI: Copy paste tanpa keizinan bertulis, buasir setahun. Terima kasih

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.