Pasangan pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal masing-masing didenda RM1,000 dan RM800 oleh Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling Subang Bestari atas tuduhan bernikah tanpa kebenaran dan bersubahat dalam pernikahan mereka itu di Taman Datuk Harun, dua tahun lalu.
Hakim Syarie Saharuddin Selamat membuat keputusan itu terhadap pasangan berkenaan selepas mereka mengaku bersalah apabila pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.Selain pasangan itu, bapa angkat Aeril, Wahab Raop, 71, turut didenda RM800 kerana bersubahat dalam pernikahan mereka.