Kejayaan konsert sulung Shila Amzah 'Love Live In Malaysia' pada 13 September lalu bertempat di Mega Star Arena sememangnya satu kejayaan besar buat penyanyi berusia 24 tahun ini.
N
amun malangnya, kejayaan yang sepatutnya disusuri dengan pujian dan liputan itu dicemari dengan kontroversi membabitkannya dengan pihak media Melayu.
Kronologi konflik di antara Shila dan pihak media Melayu di Malaysia bermula apabila dia memuatnaik semula (repost) sekeping foto yang diambil daripada akaun Instagram @shilaamzah_photography dimana isi kandungan foto tersebut menyelar media Melayu yang tidak membuat liputan di konsertnya dan cuma berminat menjaja cerita peribadi, sebaliknya pujian dan penghargaan pula diberikan kepada media berbahasa Cina yang membuat liputan penuh mengenai konsertnya. Tindakannya itu umpama menjolok sarang tebuan apabila rata-rata media Melayu marah dan menyangkal tuduhan Shila malah mendakwa mereka tidak mendapat undangan daripada penganjur konsert.
Sepanjang tempoh sembilan hari, tiada sebarang respon daripada Shila Amzah Entertainment matau pihak Shila sendiri yang berada di China, meskipun pihak media Melayu cuba menghubungi untuk mendapatkan penjelasan. Dalam tempoh itu juga pelbagai laporan dan kejadian timbul antaranya konsert sulung juara Asean Wave 2012 itu dikatakan tidak sah di sisi agama Islam kerana telah ditaja oleh sebuah syarikat perjudian terbesar di negara ini, isu 'kacang lupakan kulit', isu hutang 15 tahun yang belum dilunas juga episod pertikaman lidah dan cercaan yang dilemparkan oleh peminat-peminat Shila yang terus menghentam pihak wartawan Melayu yang dilihat mengeruhkan lagi keadaan dan semua itu cuma dilihat dari jauh saja oleh Shila. Sehingga ke hari ini identiti insan berselindung disebalik akaun @shilaamzah_photography yang telah memainkan 'peranan penting' dalam meniup api sengketa dalam konflik ini masih belum diketahui.
Terbang dari China awal pagi semalam (Rabu) untuk hadir ke sidang media khas bertempat di Mega Music World, Cheras pada hari yang sama, ayah juga pengurus kepada kepada Shila Amzah, Amir Hamzah, 52, yang juga dikenali sebagai ND Lala tampil sebagai jurucakap kepada pihak Shila Amzah Entertainment memberikan penjelasan berhubung konflik yang membabitkan anaknya dengan pihak media Melayu sekaligus cuba menjernihkan semula hubungan yang keruh.
TUPAI: Tempoh masa sembilan hari berdiam diri yang diambil pihak Shila selepas insiden tindakan Shila memuat naik semula sekeping foto yang telah mengundang kemarahan media Melayu dilihat terlalu lama, mengapa agaknya baru sekarang baru tampil memberikan penjelasan?
ND LALA: Bukan sengaja, tapi yang sebenarnya selepas selesai konsert sulung Shila pada 13 September lalu, awal pagi 15 September kami telah berlepas ke China kerana Shila ada persembahan di sana. Bila diaju pelbagai soalan dan pertanyaan, saya tidak dapat memberi jawapan baik melalui khidmat pesanan ringkas ataupun panggilan telefon kerana khuatir ia tidak akan member jawapan yang tepat kepada apa yang berlaku, jadi adalah lebih baik untuk saya bersemuka duduk bersama-sama untuk melihat dimana titik-tolak bermulanya kemelut ini. Saya melihat sidang media hari ini sebagai satu ruang yang tepat untuk menyelesaikan salah faham serta dakwaan-dakwaan terhadap anak saya dan saya sendiri. Kronologi kemelut ini bermula daripada laman Instagram, kami di China mencari rezeki menaikkan nama negara tapi di sini kami dikecam secara beramai-ramai. Saya akui ini bukan sikap wartawan secara keseluruhan tetapi segelintir wartawan yang terkait dalam isu ini.
TUPAI: Pelbagai laporan dan dakwaan terhadap Shila serta konsert Shila menyusul selepas isu repost tersebut. Bermula dari tindakan kurang matang Shila yang memuat naik semula status atau foto menuduh media Melayu seterusnya isi konsert yang ditaja oleh syarikat perjudian terbesar negara, boleh tolong jelaskan?
ND LALA: Saya mula membuat analisa ini di China dan mengkaji apakah motif sebenar atau tujuan serangan beramai-ramai ini. Apakah ia bertujuan untuk mendidik Shila supaya menjadi ikon seni yang lebih matang, kedua, untuk menjadikan Shila sebagai pengajaran kepada artis-artis lain agar jangan berani memperlekehkan wartawan Melayu, ketiga, untuk membunuh Shila biar sampai terlungkup dengan cara menanam kebencian Shila atas dosa menghina bangsa dan agama sendiri seterusnya menjadikan Shila sebagai topik merenggangkan hubungan kaum di negara ini atau keempat, semua di atas itu salah tetapi yang sebenarnya isu Shila ini dilihat mempunyai nilai komemrsil dari sudut perniagaan berita, kerana seperti semua sedia maklum, good news, bad news is a news.
Kita tahu rakan-rakan kita orang yang berniaga dan mendukung perniagaan, tapi janganlah guna isu agama dan bangsa untuk berdagang. Mungkin ada yang tahu dan barangkali ada yang tak tahu, sebelum ini saya juga merupakan seorang pengamal media dalam bidang penyiaran di RTM dan saya tahu asas falsafah dalam bidang kewartawanan dalam konteks penyiaran. Sebagai seorang pengamal media adalah perlu kita mengamalkan tiga falsafah ini, mendidik, menyampaikan informasi dan kemudiannya memberi hiburan. Semua etika ini tolonglah hafal dan tolonglah sampaikan fakta bukan fitnah.
Saya bukan ke tahap marah, rasa marah dah habis tapi jatuh kasihan kepada segelintir wartawan Melayu yang menggunakan wadah cukup murni untuk satukan bangsa dan keluarga, tapi menggunakan ia sebaliknya.
Berbalik kepada soalan yang saya kena jawab, isu ini bermula daripada pandangan seorang peminat yang bertanya dan kemudian Shila memuat naik semula entri tersebut. Kalaulah pandangan ini salah, pihak media boleh jawab dengan berhemah. Jika tuduhan ataupun dakwaan yang dilemparkan kepada media tidak benar, mereka boleh menafikan dan bagi fakta berapa artikel tentang karier shila yang mereka pernah tulis dan sebagainya. Sebab mereka ada kapasiti menjelaskan dan bidas pandangan. Jadi kenapa serang? Apakah dosa Shila kerana repost pandangan tersebut? Adakah kebebasan bersuara itu satu kesalahan? 14 tahun berjuang dalam bidang seni sehingga menjadi sebutir permata, anda boleh tulis dan kecamlah macam-macam tapi jangan fitnah kami.
Untuk pengetahuan semua, karier Shila kini berpengkalan di China dan hanya balik ke Malaysia tiga hari sebelum konsert untuk membuat persiapan akhir. Urusan jemputan media dibuat oleh pihak penganjur iaitu Mega Ultimate bertarikh 4 September. Saya telah melihat senarai media tersebut, meskipun tidak menyeluruh tetapi ada dua akhbar gergasi mewakili bahasa Melayu sudah dijemput. Justeru saya hairan bagaimana pihak media Melayu mengatakan mereka tidak mendapat jemputan?
TUPAI: Sejauh mana pula kebenaran dakwaan berhubung kononnya konsert Shila ini mendapat tajaan syarikat perjudian terbesar negara?
ND LALA: Sebagai seorang Melayu dan beragama Islam, saya sangat tersinggung apabila rakan-rakan wartawan yang saya hormati dalam industri penulisan melemparkan tuduhan sebegini. Saya melihat ia sebagai satu serangan yang mencemar nama baik Shila Amzah sebagai seorang ikon negara, mencemarkan nama baik keluarga dan perjuangan saya selama 32 tahun dalam industri. Saya tidak menghargai mereka yang menulis dakwaan ini. Jawapannya adalah tidak benar! Saya tegaskan di sini, ia bukan gosip tapi fitnah. Fitnah sangat bahaya dan akibat rentetan berikut boleh membawa ke perundangan (mahkamah) kalau kami mahu. Tapi apa yang kami cari di sini adalah harmoni bukan sengketa. Saya minta penulis tersebut memberi fakta jika benar syarikat yang menaja konsert Shila ini adalah syarikat perjudian.
Saya telah minta pihak penganjur untuk e-mel kepada saya dan tunjuk bukti sekiranya syarikat ini ditaja oleh syarikat judi sebab saya pun tak setuju jika ia benar. Mereka hantar kepada saya dan ambil gambar papan iklan dan tiada sebarang logo atau kenyataan yang ia ditaja oleh syarikat judi. Dalam tiketm tiada penaja syarikat judi, dalam bunting pun tidak ada, dalam poster tidak ada jadi dari manakah asas kepada tuduhan ini? Kalau tuduhan tidak berasas, bermakna ini adalah fitnah jahat yang dilakukan terhadap shila dan keluarga kami, hati-hati.
TUPAI: Sehingga ke hari ini pemilik kepada akaun Instagram @shilaamzah_photography masih belum diketahui, namun ada cakap-cakap mengatakan ia dikendalikan oleh Fauziah Sarman iaitu ibu Shila sendiri. Apakah ia benar?
ND LALA: Sebenarnya isteri saya mengambil pendirian untuk berdiam diri selepas trauma dengan beberapa insiden lalu yang disalah ertikan dan banyak kali terperangkap. Sebagai seorang suami, saya ingin menjelaskan bahawa bukan isteri saya mengendalikan akaun Instagram tersebut.
TUPAI: Ada khabar angin yang mengatakan sekumpulan wartawan Melayu mahu memboikot Shila Amzah. Apa komen anda?
ND LALA: Itu adalah antara sebahagian soalan yang diajukan kepada saya sewaktu saya berada di China. Jawapan saya, jika itu adalah pilihan yang dibuat oleh kumpulan wartawan dan bloggers tersebut, maka kami redha. Apa upaya kami mengubah pendirian mereka. Apabila diboikot, apa kesannya kepada kerjaya Shila? Mudah saja, rezeki kita Allah yang tentukan bukan datang daripada kumpulan wartawan dan mereka-mereka yang memboikot ini. Tiada siapa pun yang boleh memudaratkan kita kecuali dengan izin Allah. Kalaulah dengan memboikot ini boleh menjejaskan segalanya, kami terima. Tetapi ingat rezeki datang dari Allah, bukan dari mereka yang memfitnah.
Visi kami, walaupun kami dibuat dan diserang sebegini rupa seolah-olah ingin menamatkan apa yang telah kami lakukan selama ini, mungkin sumbangan kami kecil saja kepada negara Malaysia tetapi kami telah melakukan ke tahap yang kami mampu. Kalaulah dengan repost itu jadi satu dosa besar, maka dia perlu dihapuskan melalui pakatan ini kami redha, tapi kami terus berjuang dalam bidang seni untuk mengangkat nama Malaysia ke tahap tertinggi yang kami mampu, apabila Allah menjemput kami nanti, inilah legasi ND Lala dan Shila Amzah untuk generasi akan datang. Kami akan terus berjuang walaupun usaha ini akan direalisasikan atau tidak oleh rakan-rakan yang mengugut kami. Kami redha.
Saya sebenarnya malu untuk bercerita tentang pencapaian Shila kerana kebetulan dia anak saya, kalau pun bukan anak dia artis kepada syarikat saya, dan kalau bukan artis syarikat saya, dia adalah anak Malaysia yang telah harumkan nama Malaysia di persada muzik antarabangsa. Bukan mudah untuk orang Melayu nak bercakap bahasa Cina, menyanyi lagu Cina, bersaing dengan penyanyi-penyanyi berbangsa Cina yang kesemua jurinya adalah orang Cina dan memenangi pertandingan tersebut. Shila telah berjaya melakukannya, sungguhpun sumbangannya tidak besar tetapi ia telah mengharumkan nama Malaysia. Soalan saya pula kepada penulis-penulis yang berkait isu ini dalam konteks penulisan, apakah pula suatu kejayaan besar yang anda pernah lakukan dalam tulisan anda yang mengangkat nama Malaysia ke persada antarabangsa? Kalaulah ada satu sumbangan yang besar, saya ingin belajar daripada kalian yang menulis, sebab apa setakat ini saya belum jumpa. Betulkan saya sekiranya saya silap.
Jadi, sama-samalah kita cari jalan untuk melahirkan penulis yang berwibawa dan boleh diteladani. Setakat ini nama-nama yang saya tulis ini saya hilang hormat dan tidak boleh menjadikan teladan, kecuali berubah dan kembali kepada asas dan mendukung falsafah dunia kewartawanan.
TUPAI: Berbalik kepada isu repost ini, adakah pihak Shila Amzah akan membuat sebarang permohonan maaf?
ND LALA: Jika sekiranya isu repost itu merupakan kesalahan dan mendatangkan salah faham daripada orang ramai, maka saya selaku pengurus Shila dari kecil hingga sekarang juga sebagai ayah Shila mewakili Shila Amzah Entertainment Sdn Bhd, bagi menjernihkan keadaan adalah amat wajar untuk kami memohon maaf. Tetapi sama sekali tidak memohon maaf kepada penulis-penulis yang terkait yang telah memfitnah kami. Saya sudah hilang hormat kepada penulis-penulis yang terbabit. Adalah tidak munasabah untuk mereka yang memfitnah kami meminta saya dan Shila meminta maaf kepada mereka, kerana mereka boleh bertanyakan kepada saya terlebih dahulu.

ND Lala memberitahu dia dan anaknya, Shila Amzah redha sekiranya diboikot oleh segelintir pihak media. |

ND Lala meminta sesetengah media Melayu untuk belajar semula asas atau etika kewartawanan. |