Seorang wanita menjadi mangsa penipuan lelaki India yang menyamar sebagai seorang mekanik. Lelaki terbabit berjaya memperdayakan mangsa kononnya kereta miliknya rosak dan perlu dihantar ke bengkel berdekatan untuk dibaiki.
Mangsa yang kurang pengetahuan mengenai kereta pula terpaksa mempercayai kata-kata lelaki itu. Namun, sebaliknya yang berlaku. Baca luahan hati mangsa di bawah:
Sakitnya hati, Allah sahaja yang tahu. Tak rosak, mereka kata rosak. Habis ditundanya dari Air Keroh ke Seremban. Kata dekat tapi jauh bengkelnya. Kata sikit tapi habis dibarainya semua isi perut. Kata RM300. Bila dah dibarainya, terus naik RM2500.
Pengajaran untuk aku dan pengguna Highway PLUS. Berhati-hati dengan orang India yang mengaku mekanik. Pakai baju AIA blue & black, berkereta buruk di sekitar RNR Air Keroh hingga RNR Seremban. Kereta kamu tak rosak, mereka akan buat kamu percaya yang kereta kamu tu rosak. Kami adalah mangsa yang entah keberapa. Ini je picture yang aku sempat ambik. Nanti aku cari lagi. Biar sendiket ini terbongkar. Siap korang!
Planing nak ke Kelantan akhirnya menemui kesudahan begini. Terpaksa naik bas, tapi tiket bus habis. So nak tak nak terpaksa naik Van Putih no. plat Siam. Sumbat 16 orang termasuk pemandu. Dengan aircond macam biskut, kejap ada kejap tak ada. Last-last buka tingkap. Tragik.. Tragik.. Dah rasa macam pendatang haram pulak.
Moral of the story. Jangan jadi lurus bendul macam kami.
Kredit: Nurwaqif Mas Rashid