Bahagian Pinjaman Perumahan Untuk Kakitangan Awam bakal Dimansuhkan


Bahagian Pinjaman Perumahan Untuk Kakitangan Awam bakal Dimansuhkan

Terdengar satu khabar berita yang kurang enak, iaitu berita cadangan pemansuhan Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) untuk kakitangan awam.

Umum tahu, majoriti penjawat awam adalah orang Melayu. Pendapatan kakitangan awam tidaklah begitu lumayan berbanding pekerja swasta. Sejak zaman berzaman, kakitangan awam diberi pelbagai kemudahan sebagai balasan terhadap pengorbanan mereka, Pinjaman Perumahan adalah salah satunya.

Agak gusar setelah melihat satu per satu akta penting dihapuskan termasuk ISA, EO, dan terbaru ura-ura pemansuhan Akta Hasutan.

Berita cadangan pemansuhan BPP amatlah tidak wajar dan dilihat seperti akan meruncingkan lagi masalah kos sara hidup dan harga rumah yang melambung tinggi. Sedangkan 1.5 juta kakitangan Kerajaan masih tidak mampu membeli rumah sendiri tanpa bantuan Bahagian Pinjaman Perumahan.

Sekiranya cadangan itu diluluskan, ia merupakan satu malapetaka bagi 1.5 juta penjawat awam di seluruh negara. Sekiranya BPP digantikan dengan satu institusi baharu, ia akan berfungsi seakan-akan bank yang meningkat kadar dasar semalam (OPR) pembelian rumah mengikut keadaan ekonomi semasa dan ini akan membebankan penjawat awam. 

Umum mengetahui kadar faedah BPP adalah lebih rendah berbanding pinjaman konvensional di Bank swasta. Secara tersirat, sebenarnya BPP adalah antara keistimewaan orang Melayu kerana terlampau ramai staf kerajaan berbangsa Melayu. Jika BPP dilupuskan, maka hilanglah satu lagi hak istimewa orang Melayu.

Siapa yang untung? Fikir-fikirkanlah

"Nenek moyang kaya raya, tergadai seluruh harta benda..

"Bumi dipijak milik orang"

Jangan sampai Melayu merempat di bumi sendiri.



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.