Sebenarnya Harimau di Zoo India mahu selamatkan mangsa, Bukan Mengigitnya!


Sebenarnya Harimau di Zoo India mahu selamatkan mangsa, Bukan Mengigitnya!

Pasti anda masih ingat dengan kisah seekor harimau putih menyerang dan membunuh seorang remaja lelaki yang dipercayai sama ada terjatuh atau melompat ke dalam sebuah kandang yang menempatkan haiwan pemangsa.

Menurut laporan akhbar Utusan Malaysia, harimau itu dipercayai membaham leher pelajar sebuah sekolah di sini selepas mangsa memasuki kandang Zoo New Delhi manakala pengunjung taman berkenaan menjerit dan membaling kayu serta batu bagi menyelamatkannya.


Semalam, seorang warga India, Manchu Vishnu memuatnaik status laporan forensik pihak Zoo New Delhi di laman Facebooknya seperti di bawah :-

Latest News about that tiger incident from Delhi Zoo…. Forensic report came..Tiger was trying to Save that guy from stones thrown by those idiotic on lookers, that’s y he caught the neck of that guy and kept far from public. Unfortunately his teeth wound that guy… Tiger generally catch her kids on neck to save them from threat…Apart from his neck there were no wounds on his body. Tiger kids have an extra thick fur and skin on their neck so that it can be carried by the mother tiger. 
Berita terkini mengenai insiden harimau putih yang dikatakan membaham seorang pelajar lelaki di Zoo New Delhi minggu lepas mendapati, harimau putih itu sebenarnya cuba menyelamatkan lelaki itu daripada batu-batu yang dilemparkan oleh orang awam ketika itu. Dia kemudiannya mengigit leher lelaki itu dan membawanya jauh dari orang ramai. Walau bagaimanapun, gigitan harimau itu menyebabkan luka yang dalam dan lelaki itu tidak dapat diselamatkan. Harimau secara umumnya akan mengigit leher anak-anaknya untuk menyelamatkan mereka daripada ancaman. Menurut pihak Zoo New Delhi, tiada luka lain di badan mangsa. Anak harimau mempunyai bulu tebal tambahan dan kulit di leher mereka supaya ia boleh dibawa oleh harimau jika diancam. 






Walau bagaimanapun, kesahihan laporan ini masih lagi di dalam siasatan. Anda rasa macam mana?

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.