Personaliti TV Ras Adiba dimasukkan ke ICU kerana demam panas


Ras Adiba dimasukkan ke ICU kerana demam panas

Personaliti televisyen Ras Adiba Radzi telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur akibat demam panas.

Dipetik daripada laporan mStar, salah seorang ahli keluarga Ras Adiba memberitahu bekas pengacara TV3 berusia 46 tahun itu telah mengalami demam panas dan dihantar ke hospital pada Selasa bagi mendapat rawatan segera.



Ahli keluarga Ras Adiba juga meminta agar nama lokasi hospital dirahsiakan bagi mengelak gangguan orang ramai dan dia dapat diberi rehat sepenuhnya.

Ras Adiba telah berkahwin dengan Illias Yaakop, 46, yang merupakan seorang penasihat kewangan pada 28 Julai 2013.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.