Akibat Periksa WhatsApp Suami, Kepala Isteri Dihentak


Akibat Periksa WhatsApp Suami, Kepala Isteri Dihentak

Bahana WhatsApp. Itu nasib malang menimpa seorang wanita yang sedang sarat mengandung tujuh bulan apabila kepala dihentak, rambut ditarik dan dibelasah suaminya di kediaman mereka USJ 8, hanya kerana dia memeriksa telefon bimbit suaminya tanpa kebenaran.

Tindakan kejam lelaki berusia 30-an itu berpunca selepas isterinya, 37, membaca perbualan antara dia dengan rakannya dalam WhatsApp.

Dalam kejadian jam 7 pagi Jumaat lalu, mangsa tergerak hati untuk memeriksa telefon bimbit milik suaminya, namun tindakannya itu disedari menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka selama beberapa minit.

Menurut sumber, pertengkaran itu bertukar ganas apabila suami mangsa yang gagal mengawal kemarah bertindak menarik rambut dan menghentak kepala isterinya ke dinding sebelum menolaknya sehingga terjatuh.

Sumber berkata, mangsa yang masih tidak berpuas hati turut mengambil lampu tidur dan cuba menghentak ke badan isterinya, namun membatalkan hasratnya selepas seorang lagi anak mereka yang sedang tidur terjaga dan menangis.

Bimbang kejadian sama berulang, mangsa membuat laporan di Balai Polis USJ8.

Sementera itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut dan siasatan sedang dijalankan.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.