Akhirnya gosip yang melanda diri Neelofa yang selalu dikaitkan dengan Hans Isaac menemui jawapan. Walaupun mereka dikatakan bukan jenis yang suka berkepit namun percintaan mereka yang tersembunyi itu sudah berakhir sejak Februari 2014 yang lalu. Dan ini adalah sebahagian komen Neelofa mengenai itu.
Saya tidak mahu terus dibayangi nama Hans Isaac dan memberikan harapan kepada sesiapa sedangkan hubungan kami sudah putus sejak awal Februari lalu.Tidak dipastikan apa sebab utama mereka berpisah, mungkin faktor dan fahaman agama yang berbeza bagi kedua-duanya.
Kami kini hanya kawan dan segala spekulasi mengenai bakal berkahwin hujung tahun adalah tidak benar sama sekali. Justeru, saya berharap tidak ada lagi cerita membabitkan soal cinta antara kami berdua. -Neelofa